Seorang wanita berputih mata kereta yang baru beberapa tahun dibeli hangus dalam kebakaran belaku di Kampung Paya Siput, Lanchang, Pahang, pada Jumaat. Fara Nadila berkata, Honda HRV kesayangannya yang baru dibeli pada tahun 2021 itu musnah sekelip mata gara-gara kebakaran yang dipercayai berpunca daripada sebatang besi yang terjatuh dari sebuah lori.
"Besi dari sebuah lori jatuh atas tar sebelum ia melantun ke arah kereta saya. Lori itu dalam lima meter depan saya. Waktu besi tu hentam enjin, kereta saya terus berasap. Besi tu tertusuk ke radiator. "Saya terus bagi signal dan berhenti ke tepi, kereta mati dengan sendiri. Saya keluar dari kereta sebab lemas. Saya juga ambil video untuk tunjuk keadaan kereta kepada abang. "Belum sempat saya call towing, saya nampak api mula merebak dari bawah kereta yang ada kebocoran. Saya tak pasti bocor tu minyak atau air.
"Tak sampai 10 minit kereta rentung, bomba datang selepas 30 minit kereta terbakar. Hanya kerana sebatang besi jatuh dari lori, saya hilang kereta kesayangan," ujarnya kepada mStar. Bercerita lanjut, Fara berkata dia juga terkilan apabila gagal menyelamatkan wang tunai berjumlah RM6,000 yang berada di dalam kenderaan tersebut. "Barang-barang semua hangus termasuk duit RM6,000. Lebih perit, duit tu duit amanah dari keluarga arwah kawan untuk selesaikan hutang arwah. Duit tu dalam sampul raya. Saya letak di seat depan. "Tak sempat ambil sebab kereta mula meletup. Saya kerja servis Coway. Filter Coway termasuk barang-barang kerja turut hangus. Masa tu saya menangis sambil tengok kereta. "Kejadian berlaku cepat sangat. Kereta baru pakai dua tahun, tayar pun belum tukar lagi," ujarnya yang ketika itu sedang memandu untuk ke Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Fara turut berkongsi video kejadian berkenaan menerusi aplikasi TikTok sehingga dia dihujani pelbagai komen netizen. Beberapa individu turut mengkritik Fara yang dikatakan lebih mementingkan rakaman video daripada bertindak pantas untuk menyelamatkan barang dalam keretanya. Jawab Fara, dia membuat rakaman ketika keretanya belum terbakar untuk ditunjukkan kepada abangnya dan dia sama sekali tidak menyangka keretanya akan musnah dalam masa singkat.
|
kucingitam replied at 1-8-2023 10:19 AM
jgn salahkan dia..mana lah dia tau kereta tu nak terbakar.. benda normal, kereta kau kena besi, kelu ...
ADVERTISEMENT