CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Tawar Khidmat Suap Makanan Mulut Ke Mulut Ditutup

1-8-2023 12:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5846| Komen: 7

Beijing: Sebuah restoran yang menimbulkan kemarahan orang ramai di China ditutup oleh pihak berkuasa kerana menawarkan khidmat tidak senonoh, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.


Restoran Macho mula beroperasi sejak April lalu di destinasi pelancongan popular di daerah autonomi Xishuangbanna Dai, wilayah Yunan. 

Bagaimanapun, premis itu berdepan kemarahan orang ramai awal bulan ini selepas video adegan tidak senonoh di dalam restoran tular di media sosial.

Tindakan pelayan itu didakwa melanggar etika sosial. - SCMP/The Paper

Video memaparkan pelayan berpakaian seksi itu mengundang komen: “Tidak perlu pergi ke Thailand, anda boleh mengunjungi restoran model lelaki di sini.”

Premis meniru konsep dari Thailand itu mengupah pelayan lelaki yang tinggi dan berotot. Mereka diminta memakai tank top atau tidak berbaju. 


Mereka ditugaskan melakukan rutin tarian seksi untuk mengusik pelanggan wanita manakala ada yang memberi makan mulut ke mulut dan menawarkan urutan bahu.

Rada Rabu lalu, pihak berkuasa tempatan mengumumkan bahawa restoran itu melanggar etika sosial dan mencemarkan budaya tradisi di Xishuangbanna Dai.

Restoran itu diarah tutup, manakala pendapatan haram sebanyak 10,664 yuan (RM6,753) dirampas. Pemiliknya juga dikenakan denda 10 kali ganda daripada pendapatan haram yang dirampas. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-8-2023 02:11 AM
Telen jugak yg open minded.

Quote sharlenetexas 1-8-2023 02:16 AM

[ig]https://www.instagram.com/p/CvHm4hLPVv2/?igshid=MmU2YjMzNjRlOQ==[/ig]

Quote anony-mous 1-8-2023 03:36 AM
1 i puji negara komunis ni, diaorang tegas bab mcm ni. Kesian malaysia kdg2 sbb negara majority muslim, bila kedai mcm ni ditutup, jd isu racism. Same goes apa yg matt healy tu buat. Kalau buat dkt china mcm tu, mampos dah kot matt tu. Dkt sini, xpsal2 islam kena hina pdhal isu dia is morale issue
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:04 AM
habissssss
Quote sambaldurian 1-8-2023 10:50 AM
Aiyoh baru nk pulih covid 19,x jaga jarak dh ke.
Quote supernaturalee 1-8-2023 10:56 AM

besornya taytek








Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063714 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top