CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Dera Isteri Hingga Mati Sudah Ditahan

1-8-2023 12:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5984| Komen: 10

Kajang: Lelaki yang mendera isterinya sehingga mati di Sungai Long, di sini, ditahan polis di Johor petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan jam 7 malam ini.



Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang wanita, Azween Noor Alias, 39, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dekat Kajang, dipercayai akibat didera suaminya pada 23 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam.

Menurutnya, wanita berusia 39 tahun terbabit dihantar ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri

"Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.


"Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-8-2023 12:13 AM
Ni la namanya sehati sejiwa? Till death do us part?
Quote BumpIQ 1-8-2023 12:14 AM
Mujur bukan pak arab
Quote JunkMail 1-8-2023 12:30 AM
Domestic violence kira penderaan bini ke? Macam tak sesuai je penggunaan ayat ni
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:04 AM
gila betul!!!
Quote KamikuP 1-8-2023 08:19 AM
Dayusnya laki tu.. tapi apsal ye kene dera mcm tu sekali?
Quote pooh~key 1-8-2023 08:21 AM
Musim dera ya sissy?
Quote pooh~key 1-8-2023 08:23 AM
Semalam akak baca mak dera anak sampai mampos dek. Hari ni laki dera pulak dek. Bala 1975 dah sampai kot noh dek?
Quote hayrin86 1-8-2023 09:32 AM
Kalau suami dera isteri yang dimaksudkan sebagai warga Malaysia tulen, sambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam penjara jawabnya.
Quote Dalcott 1-8-2023 10:18 AM
nak lari gi luar negara ke

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045122 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top