CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Dibuang Kerja Dapat Semula Jawatan

1-8-2023 12:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6486| Komen: 15

Kuala Lumpur: Seorang guru yang ditamatkan perkhidmatan kerana gagal melaporkan diri selama 1,535 hari akibat fobia air berjaya mendapat semula jawatannya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman Yahaya Wahi, 44, dan mengembalikan jawatannya yang sudah berkhidmat dalam profesion perguruan selama 18 tahun.


Yahaya yang fobia kepada air berikutan hampir lemas ketika kanak-kanak, gagal hadir selepas terpaksa menaiki bot ke sekolah.


Dia hanya kembali mengajar di sekolah SK RPS Kemar, Gerik selepas menemui jalan darat ke sekolah berkenaan empat tahun kemudian.

Yahaya yang ditamatkan perkhidmatannya mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Taiping untuk membatalkan pemecatannya dan dilantik semula sebagai guru di mana-mana sekolah lain yang boleh dilalui melalui laluan darat.

Hakim K Muniandy (Dulu Hakim Mahkamah Tinggi Taiping) dalam keputusannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini berkata, Yahaya yang didiagnosis dengan fobia tertentu di bawah persekitaran semula jadi iaitu mental dan gangguan tingkah laku serta perkembangan saraf, tidak memalsukan keadaannya, malah disokong bukti perubatan berterusan dan konsisten.


Menurut penghakiman semakan kehakiman itu, keadaan Yahaya ditambah lagi apabila abangnya mati lemas, yang mana beliau turut berada dekat tempat kejadian.

Katanya, Yahaya mengemukakan tiga laporan perubatan termasuk dari hospital kerajaan mengenai keadaannya.

Bagaimanapun responden tidak mengambil sebarang langkah untuk mengakui atau menafikan bukti perubatan terbabit.

Kesemua responden yang dinamakan dalam semakan kehakiman itu adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof; Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak; Jabatan Pendidikan Negeri Perak; Kementerian Pendidikan; dan Kerajaan Malaysia.

"Oleh kerana keadaan kesihatannya adalah teras kepada kes ini, ia hanya menunjukkan, mereka tidak mempunyai asas untuk memecatnya daripada perkhidmatan perguruan.

"Di pihak sekolah, pengetua menulis surat kepada responden pertama untuk memberitahu dia mula mengajar semula mulai 16 Mei 2017 dan menyatakan pemohon menggunakan laluan pembalakan untuk pergi bekerja.

"Tetapi ia langsung tidak diendahkan oleh responden, sebaliknya ditamatkan perkhidmatan.

"Sepucuk surat yang ditulis oleh rakan guru, iaitu saksi turut menyatakan Yahaya sememangnya ketakutan kerana mukanya pucat dan muntah beberapa kali dalam perjalanan ke sekolah menaiki bot, dan perkara itu juga tidak ditimbangkan oleh responden," katanya.

Hakim itu berkata, proses yang adil tidak dilakukan oleh responden apabila mereka membuat keputusan menamatkan perkhidmatan Yahaya daripada perkhidmatan perguruan, walaupun ia hanya disebabkan oleh alasan perubatan yang teruk.

Beliau berkata, Yahaya tidak dimaklumkan mengenai haknya untuk merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiada alasan dikemukakan oleh responden atas kegagalannya berbuat demikian, oleh itu keputusan menamatkan perkhidmatannya adakah tidak sah.

Sehubungan itu, mahkamah mengeluarkan perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan responden yang menamatkan perkhidmatan Yahaya dan mengembalikan jawatan berkenaan kepadanya.

Yahaya menerima pertukaran ke SK RPS Kemar pada 16 Disember 2012 dan bersedia untuk berkhidmat di sekolah yang terletak di pedalaman Gerik kerana mahu berdekatan dengan isterinya dan ibu yang sudah tua di Kelantan.

Bagaimanapun, guru Sains dan Matematik itu gagal melaporkan diri di sekolah pada tarikh itu, hanya hadir bertugas pada 3 April 2013 kerana mendapati dia terpaksa ke sekolah dengan bot menyeberangi tasik.

Beliau menerima rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan di Sungai Petani dan dirujuk ke jabatan psikiatri pada 2015.

Dia tidak mengajar di sekolah berkenaan sehingga menemui laluan darat ke sekolah itu, iaitu jalan pembalakan pada 16 Mei 2017.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:05 AM
kesiannya… klu org trauma,fobia ni mmg xleh main2… takutnya tu lain mcm….
Quote Dovahkiin 1-8-2023 05:28 AM
Dia tidak mengajar di sekolah berkenaan sehingga menemui laluan darat ke sekolah itu, iaitu jalan pembalakan pada 16 Mei 2017.


Bukan tak mau mengajar pedalaman, tp mmg fobia. Once dia da jumpa jalan alternatif (jalan balak), dia masuk skola balik.

Fobia air mmg real. Ada kawan masa blaja dlu, ada water confidence, member ni kena paksa masuk air oleh trainer, jadi 'batu' walaupun baru masuk air paras betis. Tolak x gerak, tarik pun x gerak. Kena usung ramai2 naik pantai balik.
Quote sukacactus 1-8-2023 06:34 AM
Wah! Jadi gini mmg kesian
Quote _kelly 1-8-2023 07:23 AM
kesiannya tapi ramai tak faham penyakit fobia ni..dia ingat benda lawak. contoh macam fobia kucing tu, duk usik2 orang dengan kucing padahal kawan tu dah pucat lesi
Quote supernaturalee 1-8-2023 08:23 AM
aquaphobia namanya


tahniah cikgu sbb fight ur rights

Quote sagiman91 1-8-2023 09:24 AM
macam mana dia minum air...?

Quote shamsadis 1-8-2023 09:26 AM
cikgu tu ada fobia, dah sambung tugas selepas jumpa jalan darat, bagus cikgu ni...


ada cikgu tu langsung tak mahu pergi sekolah, itu patut dipecat
Quote hareeeesah 1-8-2023 09:32 AM
Kesiannya… Alhamdulillah berkat kesabaran cikgu
Quote Suchi 1-8-2023 09:41 AM
Edited by Suchi at 1-8-2023 09:42 AM

Kesian, walhal dia sendiri yg bersedia  nak mengajar sekolah situ sbb dekat ngn kg dia tp dia taktau plak rupanya kena naik bot rentas tasik.

Kalau iols pun tanak naik bot, iols takut ngn air juga tp selalu kena juga terpaksa naik bot, g pantai bagai sbb anak2 suka sgt dgn air takleh nk biarkan dorang naik ngn org lain nk tanak kena teman.
Walhal Tuhan saja tau betapa takutnya iols nak nangis semua ada. Hari tu naik bot kat kuala tahan tu siap jerit bila lalu kat bhgn sungai yg air gelap tu sbb dah terbayang yg bukan2
Quote pittjie 1-8-2023 09:43 AM
sagiman91 replied at 1-8-2023 09:24 AM
macam mana dia minum air...?

adui dik. tak de la takut air smpai cenggitu. fobia dia ni dengan air yang banyak. mcm sungai, tasik, laut. setakat air dlm cawan tak de hal la. ya .. fobia ni mmg real. tak kira la fobia apa pun. dan jangan la main2 dgn org yang ada sesuatu fobia. contoh .. budak2 yang takut dilambung2. dah menjerit2 nangis pun kdg2 ttp jgk mak pak acik acik lambung2. lagi seronok tengok budak tu takut terjerit2. aku rasa macam nak tampar2 je org tua prangai cam tu.


Quote prettyuglybabe 1-8-2023 09:54 AM
kasihan... tapi gaji 4 5 tahun tak gi sekolah tu dia amik ke?
kalau amik kira tak patut juga sebab dia tak masuk mengajar..
Quote renko 1-8-2023 10:35 AM
ade sekor cikgu gila kt fb tu nnt mesti tunggang kes ni nnt
Quote JunkMail 1-8-2023 10:43 AM
sagiman91 replied at 1-8-2023 09:24 AM
macam mana dia minum air...?

Kalau fobia nak minum air tu dah jadi penyakit anjing gila dik.. tu dah tahap tunggu masa nak ke alam barzakh je.
Quote sranua 1-8-2023 11:11 AM
Kes cikgu tu kalaulah ada empati di pihak pegawai PPD, buat siasatan lanjut, hantar ke pakar psiakiatris ..senang je kes ni settle. Ni ambik tindakan terus buang..mmg tak patutlah.
Tulislah surat tunjuk sebab ke, laporan disiplin..semua tu tak terpakai kalau ada laporan perubatan.
Bagus cikgu tu dapatkan keadilan. Buat pegawai PPD/ PPN yang dah tak minat kerja, dok fikir orang lain menyusahkan..eloklah ambik option pencen awal. Hidup pun tenang.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.120708 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top