CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Maut, Anak 3 Tahun Alami Serangan Jantung, Permainan Di Taman Tema Air Tercabut Ditiup Angin Kencang

31-7-2023 11:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5608| Komen: 3

Perancis: Seorang bapa maut, sementara anak perempuannya yang berusia tiga tahun cedera selepas satu struktur permainan di taman tema air tercabut selepas angin kencang melanda kawasan itu sewaktu mereka bermain.


Kejadian dilaporkan berlaku di taman tema air di Saint-Maximin-la-Sainte-Baume di wilayah Var, selatan Perancis yang terkenal dalam kalangan pelancong terutamanya pada musim panas.

Seorang lelaki maut selepas satu struktur permainan di taman tema air di Saint-Maximin-la-Sainte-Baume di wilayah Var, selatan Perancis tercabut dan terpelanting. — Agensi

Menurut sumber, mangsa berusia 35 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital bersama anaknya sejurus selepas kemalangan terbabit.

Menurut pihak bomba, struktur permainan jenis istana kembung bersaiz 20 meter panjang itu terpelanting pada jarak kira-kira 50 meter di Taman Air Wonderland, Marseille, selatan Perancis dengan kedua-dua mangsa terperangkap dalam permainan berkenaan.


Anak beranak itu dipercayai terperangkap ketika dalam perjalanan di Wonderland Waterpark apabila ia diterbangkan 160 kaki.

Sementara itu, Datuk Bandar, Alain Decanis menzahirkan rasa duka cita dengan berita tersebut dan turut mempersoalkan bagaimana taman tema air yang membawa kegembiraan seisi keluarga, berlaku sebaliknya sehingga meragut nyawa.

Beliau kini sedang menunggu laporan daripada siasatan yang dibuka oleh pendakwa raya.

Sementara itu, dilaporkan anak mangsa mengalami serangan jantung, namun tiada maklumat terperinci diberikan. — Agensi


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-8-2023 03:13 AM
Macam la budak 3tahun kena serangan jantung
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:06 AM
kesiannyaa….

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.247930 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top