CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Baling Batu Di Ibu Pejabat Pas Pusat Positif Methamphetamine

31-7-2023 11:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4961| Komen: 2

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan pada bagi membantu siasatan kejadian khianat di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut di sini berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, saringan yang dijalankan semasa tangkapan di Jalan Lorong Haji Taib 1, Chow Kit mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.


Keadaan dinding kaca di hadapan Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut yang dirosakkan pada Sabtu lalu. — Bernama

"Apabila ditanya kenapa suspek berbuat demikian, kita pun tidak tahu sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak mengatakan dia tidak suka PAS dan disebabkan keadaannya itu dia bertindak membaling batu itu.

"Kami reman suspek hari ini (Isnin) untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.


Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berumur 36 tahun yang disyaki terlibat membaling batu ke arah Ibu Pejabat PAS Pusat, Sabtu lepas, sehingga mengakibatkan dinding kaca pejabat itu pecah.

Penganggur yang ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada pukul 10 malam itu mempunyai 16 rekod jenayah termasuk sembilan rekod kesalahan dadah.

Sabtu lepas, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.



Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:08 AM
mcm2 hal la

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.154125 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top