CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pembunuh Lulus Latihan Kadet Polis

31-7-2023 11:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6296| Komen: 12

Jakarta: Anak lelaki Ferdy Sambo yang dikenakan hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya, Sarjan Nopryansyah Yosua Hutabarat atau dikenali sebagai Brigadier J dilaporkan lulus latihan kadet Akademi Polis (Akpol) 2023.


Jurucakap polis, Dedi Prasetyo memberitahu, Tribrata Putra menjalani latihan dengan lancar sepanjang berada dalam akademi tersebut.

“Memang benar, anak lelaki Ferdy Sambo sudah lulus latihan kadet polis.

TRIBRATA PUTRA bersama kakaknya, Trisha Eungelica. - AGENSI

“Tribrata masuk Akpol mengikut prosedur yang betul dan kejayaannya juga adalah hasil titik peluhnya, bukan kerana bapanya bekas pegawai tinggi polis,” kata Dedi.

Selain itu, Dedi menegaskan semua pihak mempunyai peluang yang sama rata untuk menyertai akademi polis.

Beliau juga menyatakan, terdapat permintaan supaya Tribrata ditugaskan di kampung halaman Brigadier J.


“Kita mempunyai penilaian sebelum menugaskan mana-mana anggota polis.

“Mereka akan ditempatkan mengikut tahap penilaian yang diberi,” ujarnya.

Mahkamah Hakim Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Selatan sebelum ini mengenakan hukuman mati terhadap Ferdy selepas dia didapati bersalah merancang pembunuhan Brigadier J.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 31-7-2023 11:29 PM
So lekat la title 'anak pembunuh' sampai bila2
Quote zarulnazmi 1-8-2023 12:00 AM
Edited by zarulnazmi at 1-8-2023 12:03 AM

Tajuknya pun. Tak kan lah sampai bila-bila nak digelar macam tu walaupun ada kejayaan hasil usaha sendiri?
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:09 AM
ksian jg… Anak2 jadi mangsa keadaan
Quote prince_marhaen 1-8-2023 10:31 AM
mak yang sundal, bapak yang bunuh, anak yang dapat title....siannn... harap dia takde balas-balas dendam la ye sebab memang apak kau yang membunuh skandal mak kau..
Quote kucingitam 1-8-2023 12:06 PM
aku selalu nampak video rakaman cctv pasal kejadian  fredy sambo  membunuh ni..tapi tak tau ujung pangkal cerita..mcm tak masuk news malaysia je...kat forum ada ke kes ni?
Quote s@s@ 1-8-2023 12:33 PM
masuk ikut prosedur yg betul?
bukan pakai kabel bapak ke dulu?
Quote Decaffeinated 1-8-2023 12:45 PM
Kalau anak penyakau boleh sebut tak, mereka tak bersalahkan?
Quote sangbara2020 1-8-2023 02:29 PM
aku ingat ank mf
Quote ally9970 1-8-2023 02:44 PM
Sarjan Nopryansyah Yosua Hutabarat atau dikenali sebagai Brigadier J....

Mcm mana dari sarjan boleh panggil Brigadier? Jauh naw beza...
Quote cmf_almondpecan 1-8-2023 03:57 PM
Edited by cmf_almondpecan at 1-8-2023 04:00 PM
ally9970 replied at 1-8-2023 02:44 PM
Sarjan Nopryansyah Yosua Hutabarat atau dikenali sebagai Brigadier J....

Mcm mana dari sarjan boleh ...

Di Indonesia, pangkat polis rank and file dia memang lain. Kebetulan hari tu saya ada meneliti pangkat2 tu sebab tengah sort out list peserta dari polis Indonesia. Rupanya Brigadir yang ramai2 tu pangkat anggota. Dia kalau pangkat Sjn, SM, SI macam tu, semua digelar Brigadir. Brigadir Kepala, Brigadir Polisi, Brigadir Polisi Satu dan lain2. Kalau brigadier sungguh tu nama pangkat tu Brigadir Jenderal Polisi macam SAC kita satu bintang. Tapi rank and file dia ada banyak pangkat. Kalau officer lebih kurang macam kita bermula P/Insp iaitu Ajun Inspektur Polisi Dua dalam Polis Indonesia.
Oh ya, bagi menjawab soalan, dia digelar Brigadier J mungkin sebab dia Sarjan (jadi berpangkat Brigadir Polisi Satu kot) dan nama dia Yosua atau Joshua in English.
Quote ally9970 1-8-2023 04:39 PM
cmf_almondpecan replied at 1-8-2023 03:57 PM
Di Indonesia, pangkat polis rank and file dia memang lain. Kebetulan hari tu saya ada meneliti pang ...

Oh ok, konfius jugak comes to terma2 from indonesia ni...
Dulu waktu baca murder case tu, susah nak faham sbb sekejap ingat dia ni anggota, sekejap ingat dia tu pegawai kanan...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.237192 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top