CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurul Izzah Jumpa ‘Kembar’ Oku, Minta Jahitkan Baju

31-7-2023 11:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4399| Komen: 4

Petaling Jaya: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar memperkenalkan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) berusia 24 tahun yang dilahirkan pada zaman reformasi (1998) dan dinamakan sempena namanya.


Nurul Izzah menerusi Facebook berkata, ‘kembarnya’ itu sangat menginspirasikan kerana kekurangan upaya fizikal tidak menghalangnya mengejar cita-cita menjadi tukang jahit.

Nurul Izzah (kanan) melihat 'kembarnya' Izzah (tengah) mengambil ukuran Anwar untuk tempahan baju Melayu.

“Selepas tamat tingkatan lima, Izzah mengambil keputusan untuk sertai kursus TVET bagi mempelajari kemahiran menjahit sehingga mahir.

“Lumrah menjadi OKU, Izzah berdepan pelbagai tohmahan apabila ramai yang mengejek tentang fizikal, terutamanya ketinggian.

“Namun apa yang saya kagum, Izzah memilih untuk mengabaikan segala komen negatif dan menumpukan sepenuhnya pada matlamat yang ingin dia capai. Betul apa orang kata, perjalanan hidup OKU tidak semudah orang lain,” katanya.


Namun menurut Nurul Izzah, gadis itu kini bukan sahaja menjadi salah satu kebanggaan besar buat Pulau Pinang, malah turut diminta untuk menjahitkan sepasang baju Melayu buat perdana menteri dan baju kurung untuknya.

Dalam masa sama, Nurul Izzah tidak teragak-agak membantu mempromosikan perkhidmatan gadis itu kepada orang ramai.

“Tapi sekarang, saya rasa semua orang yang pernah mempersenda Izzah akan mengalami satu kejutan terbesar. Saya minta Izzah jahit baju Melayu buat PMX dan sepasang baju baju kurung untuk saya.

“Jahitan Izzah memang cantik, kemas, teliti, dan paling penting ‘fitting’ setiap inci sangat tepat!

“Sesiapa yang tengah cari tukang jahit untuk tempahan baju khas, jangan malu untuk cari Nurul Izzah di Instagram atau Facebook Nurul Izzah Tailor atau hubungi nombor 011-7254 8983,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 1-8-2023 08:07 AM
berita cmnila patut penuh dlm news feed, sekurang2nya bantu OKU ni... daripada berita pancut dlm la, berita kawin indon la, berita psl lendir lar..
tk membantu masyarakat langsung..
Quote cap_ayam 1-8-2023 08:11 AM
Semoga maju jaya buat adik ni..
Quote azimodin 1-8-2023 09:18 AM
X kisah la ada niat disebalik ke hapa (disclaimer sebelum ada orang kata aku macai politik) tapi aku suka orang promote TVET walaupon aku sendiri belajar STEM. Sebenarnya TVET lagi banyak peluang berkerja sendiri & jadi boss sendiri. Awal2 mungkin susah la. Member aku belajar kolej vocational, dah habis belajar ambik upah jahit baju. Jahitan kemas. Aku mintak jahitkan baju nikah aku...kawan2 yg lain pon minta dia jahitkan sebab kemas & murah gila (RM150 siap jahitkan veil & hantar kat rumah). Sekarang dia bukak bisnes pet grooming pulak & jahit baju anak bulus

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.404304 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top