CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Maut Dipukul Suami Selepas Mengaku 4 Zuriat Bukan ‘Benihnya’, Tapi Anak Hasil Hubungan Sulit

31-7-2023 10:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4786| Komen: 5

Kalimantan: Seorang suami bertindak membunuh isterinya selepas wanita tersebut membuat pengakuan pernah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga melahirkan empat anak.

Difahamkan, suspek bernama Joni, 36, dari Desa Sungai Rengas, Kalimantan Barat, sama sekali tidak menyangka bahawa empat anak yang dilahirkan isterinya selama 16 tahun mereka berumah tangga, rupa-rupanya bukan darah daging sendiri.


Insiden tragis pada 26 Julai lalu bermula apabila suspek sengaja bertanya kepada isterinya, Siti Oktaviana, sama ada dia mempunyai kekasih lain.


Ini kerana suspek curiga dengan tingkah laku isterinya. Pada mulanya, mangsa tidak menjawab dan pasangan itu bergaduh.

Selepas diasak, mangsa akhirnya membuat pengakuan bahawa empat anak yang dilahirkannya bukanlah anak suspek.

Pengakuan berkenaan membuatkan suspek berang dan menampar pipi mangsa. Mangsa mengugut untuk melaporkan perbuatan suspek kepada polis.


Ugutan tersebut membuatkan suspek semakin agresif dan memukul mangsa. Mangsa sempat melarikan diri namun berjaya ditangkap suspek, lalu menikamnya beberapa kali di bahagian belakang badan menggunakan gunting.

Menyedari mangsa tidak memberi tindak balas, suspek membawa mangsa ke klinik sebelum akhirnya dipindahkan ke hospital.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan. Suspek memberitahu keluarga mentuanya bahawa dia dan mangsa kemalangan motosikal.

Namun jenayahnya terbongkar selepas hasil bedah siasat menunjukkan sebab kematian mangsa adalah kerana dipukul dengan objel tumpul.

Suspek kini sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 31-7-2023 11:07 PM
Adoi orang dh mati dah takleh nak bel diri, kita pun tak tau cerita laki ni betul2 ke atau dia reka2. Btw kenapa masalah betul lah indon ni. CI kita penuh ngan drama indon bebunuh, berogol
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:10 AM
habissssss
Quote prince_marhaen 1-8-2023 10:27 AM
tak...skrg siapa yang tokak rambut dia macam tu? hahahahaha warden penjara sodok mesin ke tu...saja kan tokak2 gitu..
Quote KamikuP 1-8-2023 03:06 PM
Tengok gaya rambut dan rupa paras laki ni, tak salah bini dia membirah ngan laki lain.. ekekekekekrke

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.313384 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top