CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wakil Rakyat Russia Desak Patung Barbie Diharamkan

31-7-2023 10:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4643| Komen: 4

Moscow: Anggota Parlimen Russia, Maria Butina mendesak  penjualan anak patung Barbie dihentikan di pasaran negara itu kerana mendakwa syarikat pengeluarnya, Mattel mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berbanding nilai kekeluargaan.


Laman berita RT melaporkan, filem Barbie yang kini ditayangkan di pawagam seluruh dunia turut digunakan sebagai pengiklanan oleh Parti Demokrat  di Amerika Syarikat (AS).


“Apa yang kita lihat (dalam filem Barbie)? Golongan gay dan transgender mengambil alih dunia. Tiada langsung mengenai penyatuan lelaki dan wanita atau cinta,” kata Butina yang merupakan anggota  Duma atau Parlimen Russia.

Tambahnya, Russia perlu mempromosikan jenama patung keluaran tempatan yang memenuhi nilai-nilai masyarakatnya.

Filem Barbie yang mula memasuki pawagam pada 21 Julai lalu tidak ditayangkan di Russia ekoran boikot oleh syarikat pengedarnya, Warner Bros ke atas negara itu berikutan perang Ukraine.


Russia pada 2013 mengharamkan propaganda LGBT yang disasarkan terhadap kanak-kanak bawah umur.

Sekatan itu diperketatkan lagi pada Disember lalu, apabila promosi ‘hubungan seksual bukan tradisional’ dan transgenderisme diharamkan sepenuhnya di negara berkenaan. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipartnerib 31-7-2023 11:36 PM
ini adalah bukti bahwa konflik antar negara berpengaruh kepada ekonomi dan perdagangan
Quote esbok 1-8-2023 09:39 AM
bagus kak. bagus bagus

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.030677 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top