CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Panik Tersangkut Di Buaian Kanak-Kanak

31-7-2023 10:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4848| Komen: 9

London: Seorang wanita di Britain menanggung malu selepas tersangkut pada buaian kanak-kanak di sebuah taman permainan selama lebih sejam, lapor akhbar Daily Star semalam.

Leala Vanbest, 22, dari Southend, Essex sedang bersantai bersama rakan dan seorang anak perempuannya di taman itu apabila dia memutuskan untuk bermain buaian.


Leala gagal melepaskan buaian itu selepas menggunakannya selama 10 minit. - SWNS

Leala bagaimanapun gagal keluar daripada buaian itu selepas menggunakannya selama 10 minit. Dengan bantuan rakan dan penjunjung tidak dikenali, buaian itu masih gagal dilepaskan.

Kejadian itu dilaporkan kepada balai bomba berdekatan sebelum empat anggota menaiki jentera lengkap dengan siren dan lampu kecemasan tiba 10 minit kemudian. 


Pasukan itu terpaksa merosakkan buaian tersebut selepas gagal mengeluarkan Leala. 

“Saya terperangkap selama sejam. Semua orang ketawa dan kemudian jentera bomba tiba. Penduduk sekitar membuka pintu rumah untuk melihat saya.

“Saya lega kerana berjaya melepaskan diri, namun di sini terdapat ramai kanak-kanak tetapi hanya satu buaian yang tinggal,” katanya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipartnerib 31-7-2023 11:32 PM
hahahah ada ada saja,  massa badan tak sesuai dengan buian anak, untuk tidak lepas rantai gantungan itu
Quote sharlenetexas 31-7-2023 11:38 PM
Ni versi kokesen pulak.

Quote dani-rox 31-7-2023 11:40 PM
Quote mamajawie 31-7-2023 11:50 PM
Ri tu versi cikki rempit ni versi cikki kokosen lak..
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:14 AM
yg ko pg duduk buaian bdk tu knpa hahahahahaha
Quote faraway1 1-8-2023 06:05 AM
Winter sekarang kat sana
Quote sukacactus 1-8-2023 06:24 AM
Ha padan muka
Malu pun dapat
Quote wirazam 1-8-2023 06:34 AM
Mohon saman org ini..sejenis vandalisme juga..dah sah sah facilities tu utk budak budak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039537 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top