CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Syak Beruang Matahari Di Zoo Sebenarnya Manusia

31-7-2023 10:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6243| Komen: 16

Beijing: Tindak-tanduk mencurigakan seekor beruang matahari di sebuah zoo di China mengundang perhatian pengguna media sosial yang mendakwa haiwan itu sebenarnya manusia yang memakai kostum, lapor portal berita Mothership hari ini.


Beberapa video memaparkan aksi beruang di Zoo Hangzhou itu mula dikongsikan di laman Twitter pada 27 Julai lalu.

Haiwan itu dilihat amat mesra dengan pengunjung selain aksinya yang berdiri tegak sambil menghadap ke arah orang ramai mendapat  perhatian netizen.

Beruang matahari tersebut berdiri tegak dengan keadaannya dikatakan menyerupai manusia yang memakai kostum. – Twitter

Mereka mengesyaki terdapat seseorang yang memakai kostum beruang disebabkan lipatan kulit di bahagian belakang badan haiwan tersebut kelihatan seperti kostum.

Menurut laman berita Zhejiang News, video kontroversi itu mencetuskan perdebatan netizen dengan sesetengah mereka berpendapat lipatan kulit haiwan itu membuatkan ia kelihatan seperti kostum longgar yang dipakai oleh manusia.


Namun, pihak Zoo Hangzhou menafikan dakwaan itu kelmarin Menurutnya, beruang tersebut adalah haiwan sebenar yang ditempatkan di zoo itu pada 2020.

Seorang kakitangan zoo memberitahu saluran berita BRTV bahawa sebagai sebuah zoo milik pemerintah, tidak mungkin mereka menggunakan manusia untuk memakai kostum haiwan.

“Suhu musim panas boleh mencecah hampir 40 darjah Celsius. Jika seseorang memakai kostum, mereka akan pengsan dalam masa beberapa minit kerana suhu panas,” kata pekerja tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Zoo Hangzhou, Jiang Zhi berkata, haiwan itu adalah beruang matahari Malaya yang mempunyai bentuk fizikal lebih langsing berbanding dua spesies beruang lain di taman berkenaan.

Apabila disoal mengenai aksi beruang itu yang berdiri tegak, Jiang Zhi berkata, beruang matahari boleh berdiri menggunakan dua kakinya, selain ia mempunyai sikap mesra dengan pengunjung. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipartnerib 31-7-2023 11:26 PM
menurut saya itu memang beruang matahari namun sepertinya kurang makan jadi kurus badan. sampai kulitnya kendor
Quote MarryPottet 31-7-2023 11:43 PM
Asalnya mmg manusia asal malaya kot
Tetiap hari dia berdoa utk jadi kaya. tapi sebab dia ada lisp so dlm doa dia sebut jadikan aku beruang instead of berwang
Tu yg tetiba bertukar jadi beruang matahari malaya
#gurauje
Quote green~tea 31-7-2023 11:52 PM
Bodoh. Abistu cemane dia merangkak tu? Betis dia, lutut dia boleh bengkok pengkar ke depan ke?

Dasar PRC caprut
Quote sharlenetexas 1-8-2023 12:11 AM
Mcm dalam cite indera bangsawan.


Quote BumpIQ 1-8-2023 12:15 AM
Kurusnya beruang ni berbanding saiz badan mek yah

Baik letak mek yah je dalam tu

Mek yah pun kadang2 mengamuk macam beruang
Quote Rogue98 1-8-2023 12:57 AM
Dah mmg job dia jadi beruang matahari...bior ler....tak kisah lah manusia ke tak....it's a job ok.
Quote mizzmimi 1-8-2023 01:30 AM
Siannye tak pernah tengok beruang kat animal planet ke.. ke animal planet pon kena ban kat sana..
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:14 AM
mcm2 laa….
Quote liyamariska 1-8-2023 06:10 AM
diorg tatau ker hampir semua beruang boleh berdiri guna dua kaki...
Quote vespa_oren 1-8-2023 06:20 AM
besar pula beruang matahari tu
aku tengok kecil jer kt sepilok
Quote elzy 1-8-2023 09:17 AM
Adoi kelakar laa bila orang berteka-teki pasal beruang..
Quote yenil95 1-8-2023 09:55 AM
kalau betul orang, panjangnya badan dia..pendeknya kaki dia
Quote pittjie 1-8-2023 10:08 AM
teringat pulak movie Korea tajuk Secret Zoo
Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 10:24 AM
sebab pernah jd kes kt china haiwan rupanya custom
Quote sara_thrash 1-8-2023 10:29 AM
nak tahu betul ke idok yang dok kata beruang pelesu sila relakan diri untuk duduk sekandang dengan beruang ni.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050377 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top