CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Jepun Penjarakan 'Joker' Selama 23 Tahun

31-7-2023 09:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5291| Komen: 6

Tokyo: Mahkamah Daerah Tokyo cawangan Tachikawa menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah atas cubaan membunuh dan memulakan kebakaran dalam sebuah kereta api di Tokyo.


Kyota Hattori, 26, disabitkan kesalahan menikam seorang penumpang lelaki berusia 70-an dan cubaan membunuh 12 yang lain dengan memulakan kebakaran di dalam kereta api, menurut Jiji Press dan media tempatan lain.


Menurut jurucakap mahkamah, keputusan untuk serangan Halloween 2021 diputuskan oleh pihak mahkamah.

Hattori yang ketika serangan memakai pakaian seperti Joker, dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa dia mahu membunuh orang dan dikenakan hukuman mati.

Dia juga menyatakan sudah menyebarkan cecair pemetik api di dalam kereta api.

Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun, tetapi ia berlaku antaranya seperti pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe tahun lalu.


Pada Ogos 2021, sembilan orang cedera, manakala seorang parah dalam serangan tikaman dalam sebuah kereta api komuter di Tokyo, dengan suspek kemudian menyerahkan diri.

Dalam serangan berasingan pada bulan yang sama, dua orang melecur akibat serangan asid di stesen kereta api bawah tanah Tokyo. - AFP


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 31-7-2023 09:37 PM
gila la..nsb xde yg pelik gini kt tanah air
Quote sharlenetexas 31-7-2023 09:44 PM
Mcm kakpeng.

Quote OshinDaSolja 31-7-2023 09:45 PM
Joker made in Japan... boleh laa.. tp spek nerd tu buang laa nmpak skema org tengok pun tak gerun... nk nmpk handsome pkai Ray Ban Aviator
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:15 AM
hmmm mcm2 hal
Quote batmana 1-8-2023 08:23 AM
dh bosan nk idup ka?
betapa ramai pendatang haram nk keje kt jepun tu..tk bersyukur jadi org jepun

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.108431 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top