CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Keperluan Khas, Bapa Saman Sekolah Swasta Kerana Cuai

31-7-2023 08:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5742| Komen: 5

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berkeperluan khas warga Syria dan bapanya memfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta antarabangsa di Mont Kiara di sini kerana cuai sehingga menyebabkan seorang pelajar di sekolah itu menganiaya remaja berkenaan.


Remaja berusia 14 tahun itu, yang disahkan menghidap Sindrom Cohen, Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD), Gangguan Hiperaktif dan Kurang Perhatian (ADHD), masalah gastrousus serta asma, dan bapanya yang berumur 60 tahun, memfailkan writ saman terhadap pengendali sekolah itu di Mahkamah Sesyen di sini, tahun lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, mereka mendakwa sekolah pendidikan khas itu cuai semasa budak lelaki itu belajar di situ dari 3 Oktober hingga 7 November 2021, dan mendakwa pada minggu pertama, budak lelaki tersebut teruja untuk ke sekolah dan tingkah lakunya positif di rumah.


Kelas remaja itu hanya mempunyai dua atau tiga orang pelajar.


Plaintif mendakwa kira-kira 10 hari selepas belajar di sekolah itu, berlaku perubahan pada remaja tersebut termasuk kulit jari dan tapak kakinya kerap mengelupas serta degil selain mula memekik dan menjerit meniru kanak-kanak lain di sekolah tersebut.

Mereka juga mendakwa jumlah pelajar dalam kelas remaja itu meningkat kepada enam atau tujuh orang.

Plaintif mendakwa remaja itu juga dipukul oleh seorang rakan sekelas kira-kira 1.40 tengah hari pada 8 November 2021, namun wakil sekolah itu mendakwa, budak itu lebam akibat perbuatannya sendirinya dan turut memukul rakan sekelas serta menghantuk kepalanya sendiri ke dinding kelas.

Bapa pelajar itu mendakwa wakil sekolah tersebut menggambarkan remaja itu dengan cara yang menghina dan merendahkan seperti "haiwan."

Susulan itu, pihak sekolah secara rasmi mengeluarkan budak lelaki itu dari sekolah tersebut dan laporan polis dibuat terhadap sekolah itu di ibu pejabat polis daerah Sentul pada 16 November 2021.

Bapa dan anaknya itu menuntut ganti rugi am, khas, teruk dan teladan, serta pengisytiharan bahawa sekolah pendidikan khas itu telah melanggar kewajipan penjagaannya.

Perbicaraan saman itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Halilah Suboh esok.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 31-7-2023 08:49 PM
Apa nama sekolah?


Quote Samerosie 31-7-2023 09:06 PM
Kat mont kiara ni ada a few SEN schools tapi bukan sekolah international mcm garden or mk international.  Usually international schools tak de class pendidikan khas semua inclusive, kalau dia accept pun special needs student parents kena bayar extra on top of tuition fees ie bayar for shadow aide specifically for that child sampai habis sekolah.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:17 AM
sekolah apa tu?
Quote koko12 1-8-2023 02:40 PM

sekolah apa tu?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 1.345842 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top