CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Promosikan Agenda LGBT, Wakil Rakyat Gesa Anak Patung Barbie Diharamkan

31-7-2023 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3522| Komen: 6

MOSCOW – Maria Butina mendesak penjualan anak patung Barbie dihentikan di pasaran negara itu.

 Anggota Parlimen Russia itu mendakwa syarikat pengeluarnya, Mattel mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berbanding nilai kekeluargaan.


Laman berita RT melaporkan, filem Barbie yang kini ditayangkan di pawagam seluruh dunia turut digunakan sebagai pengiklanan oleh Parti Demokrat  di Amerika Syarikat (AS).

Foto: AFP

“Apa yang kita lihat (dalam filem Barbie)? Golongan gay dan transgender mengambil alih dunia. Tiada langsung mengenai penyatuan lelaki dan wanita atau cinta,” kata Butina yang merupakan anggota  Duma atau Parlimen Russia.

Tambahnya, Russia perlu mempromosikan jenama patung keluaran tempatan yang memenuhi nilai-nilai masyarakatnya.

Filem Barbie yang mula memasuki pawagam pada 21 Julai lalu tidak ditayangkan di Russia ekoran boikot oleh syarikat pengedarnya, Warner Bros ke atas negara itu berikutan perang Ukraine.


Russia pada 2013 mengharamkan propaganda LGBT yang disasarkan terhadap kanak-kanak bawah umur.

Sekatan itu diperketatkan lagi pada Disember lalu, apabila promosi ‘hubungan seksual bukan tradisional’ dan transgenderisme diharamkan sepenuhnya di negara berkenaan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 31-7-2023 06:16 PM
Celah bedah nya pulak barbie tu promote LGBT?
Quote Decaffeinated 31-7-2023 06:18 PM
Barbie transgender kah?

Kalau Ken tu gay aku percayalah juga
Quote rosedemon 1-8-2023 09:18 AM
cam bodo je xmsuk akal

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 1.273902 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top