CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bom Pada Kereta Siti Kassim Dalam Keadaan Switch Off, Untuk Hidupkan Perlu Tekan Suis Secara Fizikal

31-7-2023 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2868| Komen: 5

KUALA LUMPUR – Polis masih mencari petunjuk baharu berhubung penemuan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) diletakkan pada kereta aktivis, Siti Kasim, 21 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini, 13 individu diambil keterangan terdiri daripada mangsa, rakan-rakan, mekanik, dan pengawal keselamatan kediaman mangsa.


Foto: Kosmo

“Sesiapa sahaja kami rasakan saksi yang akan membantu siasatan sudah dipanggil beri keterangan. Lingkungan umur mereka antara 26 hingga 60 tahun.

“Kita meneliti kesemua televisyen litar tertutup (CCTV) yang melibatkan perjalan aktivis (Siti Kasim) ini dan masih mencari petunjuk,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan bahan letupan tersebut mendapati ia merupakan bom yang lengkap dan sempurna untuk berlakunya letupan.


“Bagaimanapun, kita dapati bom tersebut dalam keadaan ‘switch off’ (tertutup) dan untuk menghidupkannya perlu ditekan suis itu secara fizikal. Bahan ditemui antaranya kain, diesel, wayar, bateri dan mercun.

“Saya yakin, suspek ini mempunyai ilmu dalam pembuatan bahan letupan dan diharap spekulasi perkara ini akan berhenti setakat ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kasim adalah bom jenis Improvised Explosive Device (IED)

Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB) dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta letupan 1957.

Dalam pada itu, Siti Kasim memaklumkan kepada Kosmo! ekstremis agama dipercayai menjadi dalang dalam cubaan membunuhnya dengan meletakkan bom pada tayar belakang kereta

Peguam dan aktivis sosial itu dipetik berkata, dirinya tidak pernah menyangka kejadian sebegitu akan terjadi kepada dirinya dan bersyukur Tuhan telah membantunya sehingga bom jenis IED itu berjaya ditemui sebelum sempat meletup

Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kenderaan pada pukul 12 tengah hari. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 31-7-2023 06:05 PM
Terkejut tgk muka siti kasim dlm ni...mcm.makcik rockers
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:22 AM
siapa la yg letak bom tu
Quote rosedemon 1-8-2023 09:17 AM
bertaubatlah kak nyawa dah diujung tanduk tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.029617 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top