CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Berani Sungguh Budak Zaman Sekarang,"- Pelajar Dikutuk Selamba Suruh Pengulas Buku Di Tiktok Siapkan Kerja Sekolah

31-7-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3394| Komen: 14

PETALING JAYA – Seorang pelajar dikecam teruk selepas meminta pengulas buku di TikTok menyiapkan tugasan sekolahnya.

Perkara tersebut dikongsi melalui satu tangkap layar mesej daripada pelajar tersebut kepada pencipta kandungan yang memintanya mengisi beberapa maklumat mengenai ulasan sebuah buku.


Lebih teruk pelajar tersebut juga meminta wanita tersebut menyediakan jawapan untuknya seperti pengajaran, nilai murni serta kebaikan dan kekurangan buku tersebut yang seharusnya ditulis sendiri oleh pelajar.




“Boleh tak awak tolong bagi maklumat seperti di atas? Saya perlu buat ulasan buku esok untuk perhimpunan sekolah saya,” kata murid itu.

Mengulas lanjut, pencipta kandungan tersebut bersyukur video ulasan bukunya tular di sosial media, namun cara yang digunakan oleh pelajar itu tidak sopan.

“Berani sungguh, siapa yang sebenarnya pergi sekolah? Cara awak ini seolah-olah meminta saya siapkan kerja sekolah awak,” tambahnya.


Di ruangan komen rata-rata pengguna mengecam tindakan pelajar terbabit kerana tidak berusaha menyiapkan tugasan dengan usaha sendiri.

“Senangnya jadi budak sekolah zaman sekarang. Minta dengan orang dewasa di sosial media untuk kerja sekolah dia,” kata Wani.

“Kenapa sesetengah budak macam ini. Saya harap ini akan menjadi pengajaran buat semua. Kalau itu kerja sekolah awak, awak kena buat dengan usaha sendiri,” tulis Salwa.

“Tanpa segan silu, hidup ini tidak semudah yang kamu sangka. Senang-senang saja minta macam itu dekat orang luar,” komen Izzah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 31-7-2023 08:54 PM
Wow siap suruh buat slide lagi. Dahsat ya mengkulikan org free2.
Quote eyansss 31-7-2023 11:28 PM
allshares: Wow siap suruh buat slide lagi. Dahsat ya mengkulikan org free2.


dan budak2 camni la yang akan memekak mintak gaji tinggi tapi malas buat keje sambil claim stress n depression…
Quote allshares 1-8-2023 02:04 AM
eyansss replied at 31-7-2023 11:28 PM
dan budak2 camni la yang akan memekak mintak gaji tinggi tapi malas buat keje sambil claim stress  ...

Jenis dak2 entitle jaman now. Mcmtula
Quote JunkMail 1-8-2023 04:38 AM
Apa kau harap dari generasi sunat laser ni.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:23 AM
bdk jaman nowww. nak expect apa… terlebih manja
Quote liyamariska 1-8-2023 06:06 AM
berani mati siap request bagai...

Quote green~tea 1-8-2023 06:55 AM
Dia tak reti pakai chatGPT or googleBard?
Quote isseliparjepun 1-8-2023 08:09 AM
Sedih tengok budak zaman sekarang. Yang pemalas lain, berani dekat medsos lain, acah acah bitch lain. Ibu bapa pantaulah anak anak anda dan medsos mereka.
Quote Suchi 1-8-2023 08:30 AM
Dia suh buat free ke? Bayar la dik demi sebuah kemalasan
Quote rosedemon 1-8-2023 09:17 AM
generasi skrg semuanya malas
Quote pocongkiutss 1-8-2023 09:24 AM
Dah kenapa ye budak2 skrg ni? Tp mmg iols penah jumpa pun..kadang fikir takde common sense ke
Quote azimodin 1-8-2023 09:26 AM
Entitled bau2 budak kelas belakang.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.099355 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top