CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Syahiran Nafi Terlalu Kuat Bekerja Punca Uyaina Arshad Keguguran Anak Kedua

31-7-2023 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2997| Komen: 6

Raja Syahiran nafi dakwaan kesibukan isterinya Uyaina Arshad yang dikatakan terlalu kuat bekerja menjadi punca dia keguguran anak kedua.

Katanya Uyaina sebenarnya lebih aktif bekerja ketika hamil anak pertama dan hanya mengetahui dia hamil selepas terlibat dalam kemalangan kecil.


Foto: IG

“Ikutkan ketika hamil Urhan (anak pertama) lebih teruk. Sebelum ini Uyaina lagi banyak kerja sepanjang mengandung, malah disahkan hamil pun lebih lewat.

“Semasa mengandungkan anak pertama, Uyaina jatuh dan sebelum melakukan x-ray (sinar-x), doktor meminta dia menjalani ujian air kencing.

“Ketika itu kami baru tahu bahawa dia sedang hamil,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Tambahnya pada awal kehamilan anak kedua, tiada tanda-tanda keguguran yang ditunjukkan isterinya.

“Tiada tumpah darah pun cuma pergi membuat pemeriksaan di klinik seperti biasa.

“Namun, doktor memberitahu bahawa kandungan sudah tiada. Jadi, kami sendiri tidak tahu bila gugur. Kami anggap tiada rezeki,” tambahnya lagi.



Sementara itu, tambah Syahirah, Uyaina ketika ini reda dengan takdir Tuhan namun tetap bersedih dengan kehilangan cahaya mata kedua.

“Setiap ibu mesti sedih kerana mereka yang membawa kandungan tersebut.


“Dia sedih dan tertekan. Tiada perkataan boleh menggambarkan perasaan kehilangan anak.

“Disebabkan itu saya harus kuat untuk memberikan semangat kepada isteri dan ahli keluarga yang lain,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 31-7-2023 06:56 PM
suami dia jadi pelawak ke
Quote babyorange 1-8-2023 02:57 AM
Serius nk tau sgt.....laki die ni kje ape weh?
Quote irvene 1-8-2023 04:01 AM
tp bagus now dia dh sendu sekaranh. kalau tak dulu asyik keluar gosip psl dia je. dh la tak lawa. hahahaha. now si hawa tu pulak duk ganti dia, asyik keluar gosip psl dia je. stress mak nyah. cpt lah kau kawen, moga sendu mcm uyana ni.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:11 AM
babyorange replied at 1-8-2023 02:57 AM
Serius nk tau sgt.....laki die ni kje ape weh?

dia ni penyanyi n pelakon kn... tp xfemes mcm uyaina la
Quote rosedemon 1-8-2023 09:28 AM
kepamnya ko laki bini dekkk
Quote Nizleen86 1-8-2023 09:38 AM
Bukan baru bersalin ke haritu? Masa abg dia yg herloks tu meninggal rasanya dia belum bersalin lagi pun. Tup2 dah ngandung lagi. Wowowow relax la dulu bdn belum nak healing lagi.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034205 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top