View: 2866|Reply: 6
|
Raja Syahiran Nafi Terlalu Kuat Bekerja Punca Uyaina Arshad Keguguran Anak Kedua
[Copy link]
|
|
Raja Syahiran nafi dakwaan kesibukan isterinya Uyaina Arshad yang dikatakan terlalu kuat bekerja menjadi punca dia keguguran anak kedua.
Katanya Uyaina sebenarnya lebih aktif bekerja ketika hamil anak pertama dan hanya mengetahui dia hamil selepas terlibat dalam kemalangan kecil.
Foto: IG
“Ikutkan ketika hamil Urhan (anak pertama) lebih teruk. Sebelum ini Uyaina lagi banyak kerja sepanjang mengandung, malah disahkan hamil pun lebih lewat.
“Semasa mengandungkan anak pertama, Uyaina jatuh dan sebelum melakukan x-ray (sinar-x), doktor meminta dia menjalani ujian air kencing.
“Ketika itu kami baru tahu bahawa dia sedang hamil,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya pada awal kehamilan anak kedua, tiada tanda-tanda keguguran yang ditunjukkan isterinya.
“Tiada tumpah darah pun cuma pergi membuat pemeriksaan di klinik seperti biasa.
“Namun, doktor memberitahu bahawa kandungan sudah tiada. Jadi, kami sendiri tidak tahu bila gugur. Kami anggap tiada rezeki,” tambahnya lagi.
Sementara itu, tambah Syahirah, Uyaina ketika ini reda dengan takdir Tuhan namun tetap bersedih dengan kehilangan cahaya mata kedua.
“Setiap ibu mesti sedih kerana mereka yang membawa kandungan tersebut.
“Dia sedih dan tertekan. Tiada perkataan boleh menggambarkan perasaan kehilangan anak.
“Disebabkan itu saya harus kuat untuk memberikan semangat kepada isteri dan ahli keluarga yang lain,” ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
suami dia jadi pelawak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Serius nk tau sgt.....laki die ni kje ape weh? |
|
|
|
|
|
|
|
tp bagus now dia dh sendu sekaranh. kalau tak dulu asyik keluar gosip psl dia je. dh la tak lawa. hahahaha. now si hawa tu pulak duk ganti dia, asyik keluar gosip psl dia je. stress mak nyah. cpt lah kau kawen, moga sendu mcm uyana ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni penyanyi n pelakon kn... tp xfemes mcm uyaina la |
|
|
|
|
|
|
|
kepamnya ko laki bini dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan baru bersalin ke haritu? Masa abg dia yg herloks tu meninggal rasanya dia belum bersalin lagi pun. Tup2 dah ngandung lagi. Wowowow relax la dulu bdn belum nak healing lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|