CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rancangan Keji Bekas Ratu Cantik Bongkar Pembunuhan Suami

31-7-2023 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2993| Komen: 10

Bekas ratu cantik bersama kekasih direman selepas didakwa merancang pembunuhan suaminya.

Selain, kekasihnya Terrance Bethel, 28, Lindsay Shiver, 36, turut ditahan bersama pembunuh upahan, Farron Newbold, 29.


Plot pembunuhan suaminya, Robert Shiver yang juga bekas pemain ragbi Universiti Auburn dan Atlanta Falcons terbongkar 16 Julai lalu apabila pihak berkuasa menyiasat kes pecah masuk premis Grabber's Bar & Grill di Abaco.


Robert dan Lindsay - Sports Keeda

Ketika siasatan polis menjumpai telefon mengandungi mesej WhatsApp membincangkan rancangan jahat terbabit, namun ketika itu tidak diketahui sama ada ia telefon Lindsay, Terrance mahupun Farron.

Lindsay dan Terrance didakwa menjalin hubungan ketika keluarga Shiver menetap di The Bahamas, sebelum Robert memfailkan perceraian selepas mengetahui kecurangan isterinya.


Pihak berkuasa menegaskan Lindsay bersungguh meneruskan rancangan keji itu, merekrut kekasihnya dan didakwa mengupah Newbold untuk melakukan pembunuhan.

Ketiga-tiga mereka dihadapkan di hadapan Pemangku Ketua Majistret Roberto Reckley pada Jumaat untuk reman dan dijadual kembali ke mahkamah pada 5 Oktober untuk prosiding berikutnya.

Lindsay pernah dinobat Miss Houston County pada 2005 serta menduduki tempat kedua dalam pertandingan National Peanut Festival tahun sama.

Kerjaya bola Robert pula berubah selepas dia dilepaskan daripada kelab Atlanta Falcons menjelang musim 2009, sebelum menemui kerjaya baharu dengan syarikat insurans.

Gaya hidup mewah keluarga Shiver membolehkan mereka kerap mengunjungi Bahamas, menikmati pengalaman menaiki bot mewah, dan juga perjalanan dengan jet peribadi.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 31-7-2023 11:15 PM
keluarga tok laki dah kaya, apa lagi tak cukup?
Quote dani-rox 31-7-2023 11:30 PM
Ingatkan ratu cantek prestij, ropa2nya setarap miss funfair daerah sebegitu
Quote mawardia 31-7-2023 11:45 PM
Laaa ratu cantik county je pun
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:24 AM
gila betulll!
Quote sukacactus 1-8-2023 06:36 AM
Ceh! Igt ratu cantik mana la td
Quote kucingitam 1-8-2023 12:48 PM
tang mana cantiknya? aduh..
Quote KamikuP 1-8-2023 03:39 PM
mek_jah: keluarga tok laki dah kaya, apa lagi tak cukup?


kontol x cukup beso barangkali sis

Quote IvyGorgon 1-8-2023 04:00 PM
Makin ramai onggila sekarang ni hmmmm

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.226359 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top