CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyokong Pas Keterlaluan Doa Supaya 'Dibutakan' Lambang Parti Lain

31-7-2023 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1977| Komen: 3

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman terkilan dengan penyokong Pas yang mendoakan supaya 'dibutakan' lambang parti lain.

Katanya, doa 'dibutakan' lambang calon lain adalah keterlaluan dan menyifatkan ia agak keterlaluan dan membuktikan penyokong Pas tidak mengendahkan pesanan pimpinan tertinggi parti itu.



FB

"Sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun, pimpinan parti itu mendoakan perkara yang baik dan menasihatkan agar berkempen dengan penuh kesantunan," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pasar Kedai Payang, di sini, semalam.

Turut hadir, calon Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Armi Irzan Mohd.

Pada Sabtu lalu, penyokong Pas sebelum berarak mengiringi calon parti itu, Khazan Che Mat ke pusat penamaan calon, berdoa supaya lambang calon lawan 'dibutakan' dan mengundi calon Pas.


Video berdurasi 22 saat itu tular di laman sosial dan mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Lebih mengejutkan, doa itu turut diaminkan Khazan yang juga bekas Exco Agama ketika bersama kerajaan BN pada 2018.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Seberang Takir berkata, sepatutnya semua parti berkempen dengan penuh kesantunan.

Katanya, semua pemimpin parti politik yang bertanding pada PRN mendoakan kesejahteraan kepada rakyat dan minta dijauhi daripada sebarang bencana.

Ketika ditanya adakah BN akan membuat laporan kepada polis, Ahmad Razif berkata, pengundi akan membuat penilaian dan diterjemahkan pada hari mengundi, 12 Ogos ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 31-7-2023 11:34 PM
ganas doa penyokong pas eh?
Quote Rogue98 1-8-2023 01:09 AM
Biasalah org Pas...orang umno di kafirkan...undi umno masuk neraka katanye...diaorang lupa akan kuasa Allah...bukan kuasa Pas nak tentu.....duk jer lah kat kelantan dgn air kotor...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.256673 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top