CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selalu Tak Dibenarkan Masuk Ke Rumah, Tak Diberi Makan- Suami Tikam Isteri 7 Kali Sebab Dendam

31-7-2023 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2329| Komen: 3

Seorang suami berusia 72 tahun didakwa menikam isterinya sampai mati di bawah sebuah jambatan.

Suspek dikatakan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 61 tahun kerana sering dilarang masuk ke rumah.


Kejadian berlaku di Lhokseumawe di Aceh, Indonesia.


Gambar Hiasan

Kompas melaporkan, salah seorang saksi memberitahu, dia melihat mangsa diheret hingga jatuh sebelum ditikam suaminya menggunakan pisau.

"Kami lihat mangsa berlumuran darah dan tidak ada yang berani melerainya kerana dia (suspek) ketika itu memegang pisau," kata Muhajir pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Banda Sakti, Ipda Asrizal berkata, punca suspek menikam isterinya hingga mati kerana mereka sering bergaduh.

"Suspek sering tidak dibenarkan masuk ke rumah. Malah, tidak diberikan makan," kata Asrizal.

Berdasarkan keterangan saksi, katanya, suspek mendekati mangsa yang sedang duduk berehat di bawah jambatan dekat Pasar Bandaraya Lhokseumawe.


"Berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga mengakibatkan tikaman yang dilakukan suspek dengan menggunakan pisau," katanya.

Tambahnya lagi, motif pembunuhan berpunca daripada masalah rumah tangga yang didakwa sudah lama berlaku.

"Mangsa mengalami tujuh tikaman iaitu tiga di dada, satu di bawah leher dan satu di bawah payudara, satu bawah ketiak kiri, dan satu di belakang," ujarnya lagi.

Sebagai peringatan, membunuh merupakan perbuatan jenayah dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 31-7-2023 03:43 PM
mesti ada la tu yg bininya xpuas hati...
Quote rosedemon 1-8-2023 09:12 AM
haaaaaaaaaaaaa teruk nau laki bini ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 1.544266 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top