Lama tidak melihat Datuk Aznil Haji Nawawi di kaca televisyen, terubat jua rindu peminat apabila pengacara, pelakon dan penyanyi itu menyanyikan lagu Pelangi Petang milik legenda Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad dalam program Ini Baru Bintang.
Menerusi video dikongsikan, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil mengakui takut untuk menyanyi lagu ballad Allahyarham Sudirman. “Sebenarnya Pak Nil cukup dan paling takut nak nyanyi lagu Allahuarham Sudirman lagi-lagi lagu ballad. “Kalau rancak mcm Hore-hore, Toyol, Chow Kit Road boleh juga lagi. Tapi bila dah Pelangi Petang, subhanAllah, kaki Pak Nil mcm tak jejak bumi.
“Ni Pak Nil naikkan video masa fulldress sbb tak ada video real show tadi. Sorry tersalah terkurang,” tulisnya ketika menjadi artis jemputan untuk sebuah stesen TV tempatan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak mendengar lagu yang cukup sayu itu. Lebih-lebih lagi apabila Pak Nil mendendangkan lagu tersebut dengan penuh emosi sehingga menyerlahkan vokalnya yang merdu. Sumber: Xtra
|
tripleid replied at 31-7-2023 01:58 PM
konsert ni buat kat Audotorium baru RTM (auditorium Sri Angkasa)..gigih smlm pergi rtm sbb nak tgk J ...
wirazam replied at 31-7-2023 02:11 PM
Audi baru NIH kat mana? Parking byk tak
tripleid replied at 31-7-2023 01:58 PM
konsert ni buat kat Audotorium baru RTM (auditorium Sri Angkasa)..gigih smlm pergi rtm sbb nak tgk J ...
uda replied at 31-7-2023 03:32 PM
Best tak?
sistem audio sedap tak?
Semalam ada tak live di TV? I lupa nak tenguk tv smlm
tripleid replied at 31-7-2023 03:42 PM
Ada sis..live kat tv2 kul9
iol rasa system audio dia biasa2 je..kdg2 bingit pun ada
bottompro replied at 31-7-2023 01:45 PM
Aku rasa bosan dgn atok ni nyanyi.
Mcm takda jiwa. Try hard nk tunjuk ada feel dalam nyayian.
ADVERTISEMENT