Shila Amzah berkongsi perbualan mesej bersama bakal ibu mentuanya, Allahyarhamah Rohani Jamal yang meninggal dunia pada Ahad. Arwah sempat memberi pesanan kepadanya agar sentiasa menjaga diri dengan baik serta menzahirkan rasa sayangnya.
“Sha jaga diri baik-baik ya.. Mak sayang Sha selalu,” tulis arwah. Dalam foto berkenaan, pelantun lagu popular Patah Seribu ini berkata dia akan menjaga Ubai dan adik-beradiknya dengan baik. “Sayang Mak sampai bila-bila. Sha jaga Ubai, jaga Alieya. Kami kuat Mak… adik-beradik semua kuat,” tuturnya.
Sementara itu, Shila turut memuat naik foto bersama arwah ibu Ubai di Instagram menarik perhatian ramai yang telah dibanjiri komen sayu dan ucapan takziah daripada rakan selebriti serta pengikutnya. Shila meluahkan rasa sedih apabila bakal ibu mentuanya itu tidak sempat untuk menyaksikan majlis perkahwinannya bersama Ubai yang akan berlangsung pada minggu hadapan di awal bulan Ogos. “Mak, terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha. “Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, Sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak. “Sha sayang mak Lillahita’ala. Selamat pergi ke negeri Abadi, Al-Fatihah,” ujarnya.
|
prince_marhaen replied at 31-7-2023 12:38 PM
..lahhh tetap jugaaa....nak highlight wedding dia..
Imkhai replied at 31-7-2023 01:07 PM
La dh mmg nikahnya minggu dpn,bakal mak mertua plk meninggal lg seminggu mjlis nikah,ko x sedih ke ...
Komenga replied at 31-7-2023 01:37 PM
Adik ubai meninggal sebab apa?
Komenga replied at 31-7-2023 01:37 PM
Adik ubai meninggal sebab apa?
ADVERTISEMENT