CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4986|Reply: 29

"Sha Jaga Diri Baik-Baik Ya, Mak Sayang Sha Selalu,"-Shila Amzah Dedah Mesej Arwah Mak Ubai

[Copy link]
Post time 31-7-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Shila Amzah berkongsi perbualan mesej bersama bakal ibu mentuanya, Allahyarhamah Rohani Jamal yang meninggal dunia pada Ahad.


Arwah sempat memberi pesanan kepadanya agar sentiasa menjaga diri dengan baik serta menzahirkan rasa sayangnya.


Foto: IG




“Sha jaga diri baik-baik ya.. Mak sayang Sha selalu,” tulis arwah.


Dalam foto berkenaan, pelantun lagu popular Patah Seribu ini berkata dia akan menjaga Ubai dan adik-beradiknya dengan baik.








“Sayang Mak sampai bila-bila. Sha jaga Ubai, jaga Alieya. Kami kuat Mak… adik-beradik semua kuat,” tuturnya.


Sementara itu, Shila turut memuat naik foto bersama arwah ibu Ubai di Instagram menarik perhatian ramai yang telah dibanjiri komen sayu dan ucapan takziah daripada rakan selebriti serta pengikutnya.










Shila meluahkan rasa sedih apabila bakal ibu mentuanya itu tidak sempat untuk menyaksikan majlis perkahwinannya bersama Ubai yang akan berlangsung pada minggu hadapan di awal bulan Ogos.


“Mak, terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha.


“Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, Sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.


“Sha sayang mak Lillahita’ala. Selamat pergi ke negeri Abadi, Al-Fatihah,” ujarnya.




  



Terdahulu, ibu Ubai meninggal dunia pada jam 6:45 petang Ahad akibat setelah bertarung dengan kanser ovari.


Pada Isnin lalu, ibu Ubai ditidurkan ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas menjalani pembedahan membuang ovarinya yang mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu.




  



Menurut Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli, ibunya telah disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada Januari lalu.


Terdahulu, ibu Ubai sempat menitipkan pesanan kepada anaknya untuk meneruskan perkahwinan bersama Shila pada Ogos depan akan diteruskan walau apa pun terjadi. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 12:38 PM | Show all posts
..lahhh tetap jugaaa....nak highlight wedding dia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilah, salam takziah buat keluarga...

Tak sempat jugak tengok Xila dan Xubai kahwin...

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Imkhai at 31-7-2023 01:10 PM
prince_marhaen replied at 31-7-2023 12:38 PM
..lahhh tetap jugaaa....nak highlight wedding dia..


La dh mmg nikahnya minggu dpn,bakal mak mertua plk meninggal lg seminggu mjlis nikah,ko x sedih ke?mak mertua xada nnt dlm mjlis bersejarah ko suami isteri adik si ubai yg lelaki 2bln lepas pon br meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 01:34 PM | Show all posts
Innalillah.. salam takziah buat ubai sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 31-7-2023 01:07 PM
La dh mmg nikahnya minggu dpn,bakal mak mertua plk meninggal lg seminggu mjlis nikah,ko x sedih ke ...

Adik ubai meninggal sebab apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 02:13 PM | Show all posts
Dlm pic wedding tu macam tak jauh beza je umur shilalat dgn bakal MIL dia

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:27 PM | Show all posts
Komenga replied at 31-7-2023 01:37 PM
Adik ubai meninggal sebab apa?

accident motor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Komenga replied at 31-7-2023 01:37 PM
Adik ubai meninggal sebab apa?

Accident xsilap 2bln lepas meninggalnya gilar kesian dlm ms 2bln 2org trsyg pergi nasib ada shila ni moga kuat la ubai
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:40 PM | Show all posts
Tetap lahhhhh nak bagitahu ko nak kahwin!! Takut ubai tu lari ke sheila
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Slm takziah … kali ni meols rasa kesian dgn xila ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:12 PM | Show all posts
tak sabar tunggu wedding #shabai
weekend ini la kan... mesti la wowww gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Shila n ubai tabah dan redha..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pulak. Nampak mak ubai macam okay je dgn shilalat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya arwah mak ubai ni. Best dapat mak mertua macam ni. Rezeki shila dapat sekejap je merasa kasih sayang ibu mertua. Moga majlis berjalan lancar nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi nanti nak happy lebih² sangat pun masa wedding kang orang hencap pula. Berpada² la shila. Pandai² bawa diri supaya tak mengundang hencapan. Orang senang je nak cari silap you.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ndlalat pergi wedding ke nnt?

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon I is menyampah sbb shilalat ni xsabar nk berlaki ..tp mak mertua sheols suka she ..siap pesan apa2 pon Majlis kena teruskan ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sha patut jadi tokoh mail hijrah tahun 1445H ni sebab tak mudah seorang ibu tunggal nak besarkan anak anak macam ni, semoga ubai dan alieya membesar dan dapat didikan dan kasih sayang sepenuhnya dari sha

#support
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.079808 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list