CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taliban Bakar Alat Muzik, Anggap Muzik Tidak Bermoral

31-7-2023 12:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2625| Komen: 7

Kabul: Sejak rampasan kuasa pada Ogos 2021, pihak berkuasa Taliban terus-menerus mengenakan undang-undang dan peraturan yang mencerminkan wawasan Islam mereka.

Sabtu lalu, di Wilayah Herat, penguat kuasa daripada pejabat kementerian Afghanistan membakar alat muzik yang dirampas pada hujung minggu kerana tanggapan muzik tidak bermoral.


PIHAK berkuasa Taliban membakar alat muzik yang dianggap akan merosakkan akhlak di wilayah Herat. FOTO AFP.

"Mempromosikan muzik menyebabkan kerosakan akhlak dan memainkannya akan menyebabkan golongan muda sesat," kata Aziz al-Rahman al-Muhajir, ketua jabatan Herat di Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat.

Unggun api pada Sabtu itu menyaksikan peralatan muzik bernilai ratusan dolar musnah, kebanyakannya dikumpulkan dari dewan perkahwinan di bandar.

Ia termasuk gitar, dua instrumen bertali lain, harmonika dan tabla (sejenis dram) serta pembesar suara.

Wanita negara itu paling menanggung beban peraturan kerajaan baharu, malah tidak dibenarkan berada di khalayak ramai, melainkan memakai tudung.

Remaja perempuan dan wanita dilarang ke sekolah dan universiti, malah mereka tidak dibenarkan memasuki taman, taman permainan dan gimnasium.

Minggu lalu, beribu-ribu salun kecantikan ditutup di seluruh negara itu selepas pihak berkuasa menganggap perkhidmatan berkenaan terlalu mahal, atau tidak Islamik.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 31-7-2023 12:48 PM
action for provoke & gertak je ni.... orang-orang atas dia of course private parteyyyyyY~~~
Quote Paiya 31-7-2023 12:57 PM
ada akak tu dapat msg FB dari askar Taliban
dia tak faham apa bahasanya
satu hari tu dia sambut vc call si Taliban ni

lawak juga
sebab dorg saling tak faham bahasa
yg askar Taliban tak tau berbahasa BI
yg si akak tak tau berbahasa Pashtun
(ntah ada ke bahasa Pashtun?)

kami pun ikut ketawa...
Quote OshinDaSolja 31-7-2023 03:35 PM
setuju...muzik punca hati lalai dan tak berzikir...iollz pun dlu pendengar muzik tegar...bila dh mkin berusia ni iollz minimize kan muzik... bila drive kereta pun kdg2 je bukak muzik... nk get rid totally mmg susah sbb dh sebati...kita buat setakat mna yg mampu
Quote shi_jewel 31-7-2023 03:56 PM
ni umpama marah nyamuk tapi kelambu dibako nyeeeeeeeeeeeee
Quote hayrin86 31-7-2023 04:24 PM
Baik bakar dahulu segala jenis dadah.. Takkanlah tgk dadah-dadah dibakar sehari dalam setahun aje..
Quote bangcak 31-7-2023 04:37 PM
.....bayangkan kalu dorang menang semua 6 negeri
Quote doubleharmonic 31-7-2023 04:45 PM
dah tu ko tak nak bakar sekali mulut larynx peti suara segala ke hah babi? sebab boleh mengeluarkan nada muzik jugak kan? tapi kalo nek ani scammer tu ko kena bakar sekali hidung dia lah kot sebab heshe kan mengeluarkan nada suara sengau dari hidung kohkohkohhh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.068759 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top