CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis London Minta Tolong Semua Pemandu Teksi Cari Bekas Abu Mayat Kanak-Kanak

31-7-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2179| Komen: 2

Polis London menggesa semua pemandu teksi membantu usaha menjejaki bekas abu kanak-kanak yang ditinggalkan bapanya di belakang tempat duduk sebuah teksi secara tidak sengaja.

Daily Mail melaporkan, polis menerusi satu ciapan memaklumkan bekas abu mayat kanak-kanak itu disimpan di dalam sebuah beg Adidas berwarna hitam.



Gambar hiasan

Jelasnya, beg itu tertinggal di belakang tempat duduk teksi selepas penumpang terbabit turun di Pasar Daging Smithfield di London kira-kira pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat lalu.

“Lelaki itu menaiki teksi dari jalan Frenchurch, perjalanan yang mengambil masa kira-kira 10 minit,” jelas laporan itu.

Gesaan yang dibuat oleh pasukan polis kota London, menjadi tular dalam aplikasi Twitter.

Malah, ciapan itu mendapat lebih 1,000 tanda suka dan hampir 3,000 ciapan semula.

Ciapan itu turut dikongsi oleh Persatuan Pemandu Teksi Berlesen (LTDA), kumpulan yang mewakili pemandu teksi kulit hitam di bandar tersebut.


“Saya tidak terkejut sama sekali dengan jenis barangan yang ditinggalkan itu.



“Sebelum ini, penumpang pernah tertinggal bayi, gigi palsu, telefon bimbit, anjing dan tangan prostetik banyak kali.

“Jadi saya percaya jika pemandu teksi itu menjumpai bekas abu mayat tersebut, sudah tentu dia akan memulangkan semula kepada penumpang berkenaan,” kata Setiausaha Agung LTDA, Steve McNamara kepada Telegraph.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 31-7-2023 11:36 PM
tak memasal ada yang bergentayangan keliling teksi tu...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035225 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top