Oleh Izzah Abbasy
Seorang lelaki Indonesia telah menggunakan kesemua wang yang telah tersalah masuk ke akaunnya berjumlah Rp5.1 bilion (RM1.64 juta). Namun, dia berdepan dengan tindakan agar wang tersebut dipulangkan semula. Kejadian berlaku pada 2 Februari lalu apabila Suparman menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon memberitahu wang berjumlah Rp5.1 bilion didepositkan ke akaunnya. Terkejut dengan SMS itu dia segera pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) membuat pengeluaran Rp10 juta (RM3,213) dan memindahkan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya. Pada 5 Februari, dia membuat sekali lagi pemindahan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya. Pada 5 Februari, dia membuat sekali lagi pemindahan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya. Pada hari yang sama dia membuat pengeluaran wang tunai di ATM Rp510 juta (RM163,837). Dia kemudiannya membuat lagi beberapa pengeluaran menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai yang dikeluarkannya berjumlah hampir Rp2.2 bilion (RM706,596). Beberapa hari selepas itu, Suparman cuba membuat pengeluaran lagi, tetapi malangnya mendapati wang dalam akaunnya sudah tiada lagi. “Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan dari Bank Negara Indonesia (BNI) yang memberitahu wang itu tersilap didepositkan ke akaun saya. “Paling mengejutkan saya, BNI meminta saya mengembalikan sebahagian wang berkenaan. “Saya tidak tahu bagaimana mahu menggantikan wang itu yang sudah habis saya belanjakan,” katanya. Baca selanjutnya : Harian Metro
|
9
Bagus |
9
Marah |
4
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kerêta_Angin replied at 11-11-2015 03:06 PM
yg ni anak dia ke
lavamill posted on 11-11-2015 07:08 AM
tak...yg tu abang kandung lu...
ADVERTISEMENT