Rakyat Kelantan yang sudah jelak menanggung beban masalah air dan isu pekerjaan tidak berkesudahan memberi ruang untuk kemenangan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yakin Kelantan bakal ditawan PH satu hari nanti.
"Satu hari nanti, kita akan menang di Kelantan. Saya yakin, kalau tidak sekarang, kita akan menang pilihan raya akan datang. "Ini kerana mustahil rakyat dapat menanggung air 'Starbuck' (keruh) untuk lima tahun lagi. "Mustahil rakyat Kelantan boleh tengok dan hidup susah berbanding Selangor yang mempunyai banyak peluang pekerjaan. "Anak-anak muda Kelantan semua duduk di Selangor, mak ayah nak tengok anak-anak, kena tunggu (masa balik) pilihan raya," katanya pada Jelajah Madani DUN Sungai Tua pada Ahad. Beliau yakin realiti tersebut akan dilihat oleh rakyat Kelantan satu hari nanti.
"Bagaimanapun, apabila Kerajaan Perpaduan ambil alih Kelantan nanti, kita ambil dalam keadaan parah dengan hutang yang teruk dan memerlukan perbelanjaan yang banyak (untuk bangunkan Kelantan). "Kalau kita ambil sekarang, Insya-ALLAH saya yakin kita boleh ubah sedikit demi sedikit walaupun cara itu payah," katanya. Ujarnya, sebab itu debat perlu dilakukan untuk memberikan pencerahan kepada rakyat. "Mereka kata Kerajaan Perpaduan gagal menguruskan ekonomi dan tiada hala tuju ekonomi. "Kalau betul kami gagal, bukankah cara terbaik untuk menamatkan karier politik saya, dengan berdebat dengan saya? "Kalau rasa kamu cerdik sangat, datanglah berdebat," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
Firenzza replied at 31-7-2023 11:48 AM
Lapiji ni asal mana? Negeri dia dh maju lum?
manehnya replied at 31-7-2023 12:04 PM
selangor pun ada masalah air.. sembang!
Firenzza replied at 31-7-2023 11:48 AM
Lapiji ni asal mana? Negeri dia dh maju lum?
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2023 12:25 PM
Orang Kemamey kan? dia pon merempat cari makan kt negeri lain
Samerosie replied at 31-7-2023 12:38 PM
Orang terengganu tapi perasan urban KLite.
caprut replied at 31-7-2023 12:22 PM
Syok sendiri btol ko ni. Ko nk org kelantan undi ko senang je ko stop pengambilan penjawat awam asal ...
ADVERTISEMENT