CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Cedera Gas Memasak Di Tingkat 9 Flat Desa Melayu Meletup

31-7-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2513| Komen: 3

Gas memasak meletup dalam kejadian di Flat Desa Melayu, Bakar Batu pada malam Ahad menyebabkan sepasang suami isteri cedera.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Haizrul Rahmad, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai letupan gas melalui talian MERS999 pada jam 9.54 malam.



Sepasang suami isteri cedera akibat letupan gas memasak dalam kejadian di Flat Desa Melayu, Bakar Batu, pada malam Ahad. - Foto BBP Larkin

Susulan itu, satu jentera EMRS dari BBP Larkin dengan sembilan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati berlaku letupan gas memasak di tingkat sembilan flat berkenaan.

"Terdapat dua mangsa iaitu suami isteri mengalami kecederaan akibat letupan gas itu," katanya.

Beliau berkata, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).


Operasi tamat sekitar jam 10.37 malam setelah mendapati keadaan sekeliling selamat. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 1-8-2023 08:42 AM
hos longgar ke

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.080368 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top