Seorang wanita didapati bersalah kerana membunuh, melakukan penderaan secara seksual dan mencacatkan mayat teman lelakinya. New York Post melaporkan, suspek iaitu Taylor Schabusiness dari Wisconsin, Amerika Syarikat mencekik teman lelakinya Shad Thyrion sehingga mati dengan menggunakan kolar anjing pada Februari tahun lalu.
Schabusiness yang berada di bawah pengaruh dadah ketika itu melakukan pembunuhan kejam tersebut di rumah mangsa sebelum mendera mayat kekasihnya secara seksual dan memotong badannya dengan pisau dapur. Ibu mangsa kemudian menemui kepala dan kemaluan anak lelakinya di dalam baldi di ruang bawah tanah rumah mereka. Wanita berkenaan juga menyatakan tentang bagaimana dia secara serentak mencacatkan dan melakukan hubungan seksual dengan mayat lelaki tersebut.
"Saya ‘menghisap’ dan memotong pada masa yang sama" Menurut Detektif Jabatan Polis Green Bay, David Graf, wanita berusia 25 tahun itu mengaku bahawa dia mencekik teman lelakinya semasa mereka sedang melakukan seks. Dalam pada itu, Peguam Daerah Brown County, David Lasee menyifatkan pembunuhan tersebut sebagai satu kes yang pelik. "Ini pelik. Tetapi tanpa keraguan yang munasabah, dialah (Schabusiness) yang menyebabkan kematian Shad Thyrion." Perbicaraan Schabusiness kini beralih ke fasa kedua iaitu untuk menentukan sama ada dia mempunyai penyakit mental dan harus dihantar ke institusi mental atau dipenjarakan. -CARI |
kemaruk replied at 31-7-2023 03:17 PM
Bini bangkem cakap kalau bangkem curang, dia gunting totey bangkem senyap2 time bangkem tengah tidur
ADVERTISEMENT