CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Ciput, Tak Berbaloi Dengan Tenaga- Orang Muda Di Langkawi Lebih Rela Jual Burger Tepi Jalan Daripada Kerja Hotel

31-7-2023 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4300| Komen: 22

LANGKAWI – Ramai orang muda tidak lagi berminat untuk bekerja dalam bidang perhotelan di pulau peranginan Pulau Langkawi gara-gara bayaran gaji tidak setimpal dengan tenaga yang dilakukan 

Rata-rata mereka memilih untuk bekerja sendiri dan menganggap tidak berbaloi bekerja dalam bidang perhotelan.

Bekas pekerja hotel lima bintang di sini, Muhammad Firdaus Yusaini, 23, berkata, dia lebih selesa membuka gerai menjual burger daripada terus bekerja di hotel.

Foto: Kosmo

“Pendapatan yang saya dapat daripada menjual burger tidak jauh berbeza dengan pendapatan semasa saya bekerja sebagai public area attendant.

“Tambahan pula waktu bekerja adalah lama, jadi kalau hendak bekerja di hotel saya akan pastikan gaji tersebut melebihi jumlah yang saya peroleh dengan meniaga sendiri,” katanya kepada Kosmo

Seorang lagi bekas pekerja hotel, Khairul Nisak Talib, 34, turut menyuarakan perkara sama.


“Kebanyakan hotel hanya akan membayar lebih sedikit sekiranya pekerja itu mempunyai pengalaman kerja hotel, selain kadar gaji juga adalah rendah walaupun jawatan pengurusan.

“Mungkin saya akan keluar dari Langkawi untuk mencari kerja, tak sanggup dah kerja hotel dengan waktu kerja yang lama tetapi gaji tidak setimpal,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia ­(Utara), Datuk Azly Rosly berkata, kebanyakan hotel terutama tiga bintang ke bawah hanya mampu membayar gaji mengikut kadar ditetapkan kerajaan.

“Hotel-hotel ini menerima jumlah tetamu yang sedikit menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar gaji lebih kepada pekerja.

“Kalau dahulu, pelancong ramai, jadi hotel-hotel juga penuh dan majikan berani menawarkan gaji yang lebih menarik. Namun, dengan kos sara hidup meningkat menyebabkan tidak ramai orang berminat untuk bekerja di hotel,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 31-7-2023 11:05 AM
baru ingt nk pg lagkawi awatnya banyk cerita negatif psal lgkawi niii
Quote totokreturn. 31-7-2023 11:24 AM
antara industri yang abused pekerja2 nya. Dulu aku ingat lagi gaji manager f&b hotel dibayar 2000 hinggit 20 tahun lepas. Pekerja2 f&b paling tinggi 1000 hinggit
Quote Honey_Inara 31-7-2023 11:33 AM
Kasihan ya pada pekerja bidang perhotelan dan f&b. Kerja teruk tapi dibayar ciput. Satu lagi pekerjaan yang underpaid is guru taska.

Dulu pernah check in kat satu resort terpencil ni. Ada seorang je pekerja yang jaga. Dialah pak guard jaga pintu pagar. Dialah jaga kaunter untuk urusan check in check out. Dialah cleaner kemas bilik lobi segala.
Quote Decaffeinated 31-7-2023 11:36 AM
Tu sebab kat US dorang hadap tips macam wajib. Nak harap gaji memang tak makan lah.
Quote supernaturalee 31-7-2023 11:36 AM
mcm chomel je firdaus ni


tiberrrrrr
Quote manehnya 31-7-2023 11:47 AM
rosedemon replied at 31-7-2023 11:05 AM
baru ingt nk pg lagkawi awatnya banyk cerita negatif psal lgkawi niii

negatip tang mana tu...


Quote _blackbird 31-7-2023 11:55 AM
aku rasa yg negatif ni utk resort / hotel 3 star ke bawah. yg 4 / 5 star ok je.
Quote lifeline 31-7-2023 11:58 AM
Honey_Inara replied at 31-7-2023 11:33 AM
Kasihan ya pada pekerja bidang perhotelan dan f&b. Kerja teruk tapi dibayar ciput. Satu lagi pekerja ...

tulah kalau ikutkan kerja dea teruk
tmbh2 kalo bahagian housekeeping
nk kena angkat tilam yg berat2 tu uish
bukan 1-2 bnyak ok
pastu nk sental toilet lagi
teruk keje depa sian kan tp gaji ciput

setuju cikgu tadika pon gaji ciput
sian jugak
aishhh
Quote AbukRokok 31-7-2023 12:04 PM
agraban.jpg
bos pun suka nti boleh tekan kerajaan kurang pekerja boleh import bangla marey



Quote TomyamPuteh 31-7-2023 12:06 PM
Pudin Pokka kan baru booking hotel berapa mlm tah kt Langkawi tu. Tak masyuk ke?
Quote sambaldurian 31-7-2023 12:46 PM
Muse dtg langkawi elok je. Entahle bg aku klu gaji sikit tu klu ada epf socso tu ok la. Ni gaji sikit epf socso xde tu xpyh le. Epf ni penting jgk , klu nk pinjam bank , dorg mintak epf.
Quote naisyahmh 31-7-2023 12:54 PM
Kesian kan kalau kerja teruk gaji sikit tanggungan ramai..  Semoga kita semua diluaskan rezeki.. Dipermudahkan segala urusan..  Amin YRA
Quote prince_marhaen 31-7-2023 12:54 PM
memang underpaid, lepas tu offer kat foreigner, lepas tu kata bebudak tempatan cerewet dan malas, padahal kau tak fikir, foreigner kau boleh sumbat 10-20 orang satu umah sewa, makan masak nasi, bawang, kuah, sama-sama serumah, makan tu je selama seminggu, api air takyah risau, loan kereta motor, lesen memandu tak payah pikir, pakaian asal ada berulang-ulang, tak kisah takde tolietteries atau amenities, tak lepak2 minum luar,...boleh lah dengan gaji ciput tu.. meols tak backup sgt pun bebudak skrg sbb mmg ada perangai musibat berangan anak orang kaya & princess syndrome, tapi meols faham je kekadang yang bebetul nak kerja makan gaji tu tak berbaloi...takde life..
Quote caprut 31-7-2023 01:09 PM
Minta kerja gomen la dik. Sruh nusi perbanykkan jawatan ksong kerajaan negeri kedah. 2 tahun lg ko merungut gaji gomen kecik anak ramai
Quote jfq 31-7-2023 02:14 PM
Esok2 hotel ambik geng2 rihinya hang jugak yg bising
Quote KamikuP 31-7-2023 02:36 PM
Ini semua salah Madananon
Quote isseliparjepun 31-7-2023 04:23 PM
Jual burger pun berapa je pendapatan sehari? I bukan pandang rendah orang jual burger tapi sebagai sumber income utama, jual burger ni bergantung. Dekat tempat I ni,ada 4 stall burger dalam jarak kurang 5km. Tapi, ada 1 yang memang sentiasa ada order, mostly dari abang polis/askar yang order banyak, 1 lagi kadang kadang ada orang, kalau hujan, ada pasar malam, tak meniaga. Lagi 2 sendu.

Tapi itu la, hotel 3 bintang ke bawah berapa je pun mampu bayar pekerja? Dalam pulau tu bukan ada kilang pun, pasaraya pun apa je ada. Macam mana nak cari income lebih. Kesian juga.
Quote Perawankota 31-7-2023 06:24 PM
Aku rasa 5 star hotel kt sana ok lagi gaji.. 3 star and below tu yg sakit sikit.. tapi kenalan2 aku yg pi sana keje mostly tak kan keje lebih dari 2thn. Dorg dptkan position, experience pastu balik keje kt KL balik
Quote drivethru 31-7-2023 08:24 PM
Aku sekarang berada di langkawi. Flight mas tengahari tadi penuh. Sampai ground staff offer cabin luggage masuk cargo, takut cabin compartment tak cukup.
Petang jalan2 ke pantai cenang. Sendu. Tak ramai orang. Malam ni pun tak ramai yg melepak kat pantai tengok org main api.
Tempat makan food truck pun ramai yg x berniaga. Bila tanya, dorang cakap xde sambutan. Orang tak ramai datang makan.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.165617 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top