CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teruk Muntah-Muntah, Dah Nak Habis Makan Baru Perasan Ada Puluhan Ulat Maggot Gemuk-Gemuk Dalam Corndog

31-7-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3955| Komen: 14

Seorang wanita mendakwa adiknya mengalami sakit hingga muntah-muntah dipercayai selepas menikmati hidangan corn dog yang dipenuhi puluhan ulat.

Di Facebook, Nor Fazilah berkata dia kecewa dengan sikap peniaga yang tidak mementingkan kebersihan dan kesegaran makanan dijual.


Foto: mStar/fb

“Minta maaf, apa yang saya post ni akan menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya cuma nak semua yang menjual tak kiralah apa pun terutama sekali makanan... tolonglah jujur, jaga kebersihan.

"Malam tadi saya pergi ke Pesta Gedong. Masa nak balik tu adik suruh belikan corn dog. Harga tak perlu nak cakap la.

“Memang sedia maklum dua cucuk RM10. Namun fasal harga saya tak kisah tapi kebersihan. Sedih gila dah nak habis adik makan,” luahnya.

Corn dog merupakan sosej yang ditusuk dengan lidi kemudian disalut dengan lapisan tebal adunan tepung jagung.


Ia kemudian dimasak dengan teknik goreng rendam.

Namun hancur hati mereka apabila puluhan ulat (maggot) bersaiz besar di dalam corn dog yang dibeli itu hanya disedari setelah lebih separuh dimakan.

“Lagi tak sedap hati dengar suara muntah-muntah. Tak rasa pun air mata menitis. Mengenangkan dah jauh (dari lokasi Pesta Gedung). Kalau dekat memang pergi bersemuka dengan makcik tu.

“Bukan nak bertekak cuma nak suruh jangan jual benda dah tak elok. Adik saya cepat sakit kalau rasa benda tak elok.

“Bila disuluh tu aduh mak besar-besar ye ulat putih (maggot) dalam tu, ujarnya lagi.

Dia sempat memberi pesanan agar orang ramai berhati-hati supaya tidak mengalami nasib sama sepertinya.

“Hati-hati semua apabila nak beli makanan.

“Memang kita tak boleh nak salahkan penjual tapi hakikatnya mereka kena tahu benda masih elok ke tidak untuk dijual.

“Bukan seekor dua tapi banyak. Dah berapa orang beli dekat dia. Kasihan,” luahnya.

Rata-ratanya turut meluahkan rasa kurang senang berikutan apa yang terjadi kepada Nor Fazilah dan adiknya.

"Ingatkan beras basmathi mula-mula tu. Makanan apa isi nasi tu. Habis baca kapsyen baru tengok balik gambar. Ulat padu!

"Berniaga biarlah jujur baru bisnes maju. Jangan nak halal tapi kualiti makanan sampai berulat dijual dekat pelanggan.

"Sebab tu penting peniaga makanan ambil kursus nak mulakan bisnes. Kita akan diajar disiplin tentang kebersihan makanan dan kualiti," komen netizen.

Untuk makluman, Pesta Gedong dianjurkan di daerah Gedong, di Kuching Sarawak berlangsung sejak 28 Julai dan berakhir pada 30 Julai. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 31-7-2023 10:09 AM
Aku lak yang geli tgk gmbr tu
Quote pearl.silver 31-7-2023 10:37 AM
Dah nk habis mkn br nmpk ulat
Sosej tu klu dah basi sblum berulat pun rasa nk mu tah dah. Dia beelendir2
Ni siap berulat, korg telan sedap je ek.
Quote Yoonggi 31-7-2023 10:51 AM
euwww. skrg ni nk mkn apa pun, kena check betul2 la klu beli.
Quote koko12 31-7-2023 11:58 AM
nasi lemak ada rambut uban nenek mana tah aku pun dah loya tekak taknak makan, ni sedap kunyah ulat hm geli
Quote afie_m 31-7-2023 12:09 PM
kembang tekak tgk gambar
Quote jfq 31-7-2023 02:36 PM
So disgusting
Quote dua_chzy 31-7-2023 03:03 PM
Heran aku gerai2 halal toyiban selalu ada kes naya gini
Quote isseliparjepun 31-7-2023 04:17 PM
Dah besar besar ulat tu. Sihat pulak walau digoreng entah kali keberapa. Ke corndog tu memang tak digoreng semula hasil meniaga beberapa hari, simpan saja gitu?
Quote tripleid 31-7-2023 05:03 PM
Edited by tripleid at 31-7-2023 05:05 PM

Janji  yg menjual acik melayu pakai tudung..ye dakk
Quote rosedemon 1-8-2023 09:05 AM
ateeee xda ke rasa pelik masa makan tu
Quote little_sis 1-8-2023 09:43 AM
Gelinya tgk maggot tu
Quote Atata 1-8-2023 10:03 AM
Ish peliknya.. takkan tak terbau mcm bau sampah kalau dah berulat gitu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.268359 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top