Sindrom 'princess treatment', istilah di media sosial bermaksud wanita mahukan layanan kelas pertama daripada kekasih. Namun, perkara itu haruslah berpada-pada kerana sekiranya berlebihan pasti akan membebankan pasangan.
Demikianlah luahan seorang wanita prihatin melalui satu video di TikTok yang risau kerana standard diletakkan kaum Hawa pada masa sekarang dianggap melampau. "Adik, ini bukan drama TV3 kau nak demand masa depan kau nanti macam-macam. Minta belajar berpijak di bumi yang nyata. Kita ni pun kerja basic je RM1,500. "Tapi awak demand macam lelaki tu kerja RM4,500 sebulan. Awak ni banyak berangan ke langit sampai awak lupa nak turun balik ke tanah. "Mentang-mentang berangan tu percuma, awak pulun sungguh," kata wanita tersebut memberi nasihat dalam nada sindiran. Menurut wanita itu lagi, seseorang itu haruslah menerima yang seadanya kerana realiti tidak selalunya indah.
"Hidup sekarang 'keras' wahai adik. Tolong kurangkan sikit princess syndrome tu. Jangan terbawa-bawa sangat sikap mata duitan. "Dan tolong jangan pandang rendah orang kerja biasa-biasa. Sebab kadang tu kewangan mereka lagi kuat dari kita ni. Berhati-hati dengan apa yang awak katakan. "Sebab mereka inilah yang ikhlas sayang dan sanggup jaga kita sepenuh hati. Ini pesanan saya daripada seorang kakak yang berlainan ibu ayah," kata wanita itu menutup bicara. Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dan mengatakan kekayaan bukanlah penjamin kebahagiaan. "Apabila dah kahwin, bukan poket tebal yang kau pandang tapi kerjasama dalam rumah tangga. Yang paling penting adalah kerjasama antara pasangan dan bertolak ansur. "Selalunya mereka yang ada princess syndrome ni mereka yang berumur 25 tahun ke bawah, sampai satu masa mereka akan sedar dunia ni 'keras'. "Aku ada beberapa kenalan yang ada masalah princess syndrome ni, entah la rasa bila tengok diorang ni, macam tak bersyukur pun ada. Mesti ada je benda tak puas hati," kata sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
cmf_premierleag replied at 31-7-2023 10:10 AM
Dah tahu gelfren ko tu pwincess syndrom, so ko x reti2 ke nk blah dan cari je org lain?
Ni ko gak ma ...
kkm123 replied at 31-7-2023 10:06 AM
perempuan ni kadang nak laki berduit lebih daripada bapa dia ada. demand macam macam
ninja boy replied at 31-7-2023 11:06 AM
Bila kawen nnt duduk rumah parent makan pakai parent sediakan jaga anak parent buatkan
ADVERTISEMENT