CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Wanita Mengajar Banduan Rupanya Seludup Dadah, Telefon Bimbit Untuk Panggilan Seks

31-7-2023 09:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2321| Komen: 3

Seorang guru wanita yang bertugas di penjara sebagai tenaga pengajara bagi program perkembangan banduan secara semulajadi melalui pendidikan dituduh pecah amanah selepas dia membawa 'telefon seks' ke dalam penjara dan membuat lebih 300 panggilan.


Meredith Leyrer, 54, ditugaskan ke sebuah penjara untuk membantu banduan belajar, dia kini didakwa kerana menyeludup dadah, membawa telefon bimbit untuk panggilan seks dan memberi wang kepada banduan.


Leyrer ditahan dan kini menghadapi pertuduhan membekalkan dan mengedar dadah, menyeludupnya ke penjara dan dan membawa telefon ke dalam penjara di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Semua perbuatan tersebut adalah jenayah, yang mana kelas pertuduhan paling serius di AS dan boleh menyebabkan Leyrer dikenakan hukuman penjara yang berat.

"Ini bukan guru, tetapi penyeludup dadah yang memainkan peranan sebagai guru," dakwa Sheriff Swanson.


Dia mendakwa Leyrer juga menyeludup telefon ke dalam penjara supaya dia boleh membuat panggilan seks dengan banduan.

Beliau menambah, wanita itu melakukan lebih 350 panggilan kepada banduan pada Disember lalu.

Menurut Sheriff Swanson, dia berjanji bahawa dia tidak akan mensia-siakan program pendidikan untuk banduan tersebut hanya disebabkan guru durjana yang menjadi 'penyeludup dadah'.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko12 31-7-2023 11:30 AM
Manajemen Emosi: Kendalikan emosi Anda saat berdagang. Jangan biarkan ketakutan atau keserakahan mempengaruhi keputusan Anda. Tetap tenang dan objektif.
Quote Paiya 31-7-2023 12:46 PM
salah guna kuasa betul perempuan ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.725174 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top