Penerbit, Datuk A. Aida mempersoalkan tindakan pelakon, Amelia Henderson yang masih berkeras untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes langgar kontrak sebuah drama.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A.Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu. Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan sedang berada dalam proses 'review' untuk menetapkan tarikh rayuan aktres itu. A.Aida berkata, pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah. Menerusi temu bual dengan Melodi, A.Aida juga pelik Amelia seakan sukar untuk menurunkan video yang mengandungi fitnah terhadapnya dan syarikat. "Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak buat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat.
"Bagi saya, pihak di sana tu seperti tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memihak kepada saya. "Sampaui sekarang saya masih menunggu dan sabar... jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya, tunggu sajalah. "Tapi yang peliknya kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya sometimes tak boleh brain. "Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba nak buat rayuan. Takkanlah permohonan maaf pun nak buat rayuan. Ya Allah, Ya Tuhanku, tak tahulah. Fikir Sendirilah," katanya. Sumber: Xtra, Melodi
|
ADVERTISEMENT