CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stor IPD Sepang Kena Pecah, Barang Kes Dadah Hilang

30-7-2023 04:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3456| Komen: 27

Kuala Lumpur: Stor barang kes (eksibit) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dekat sini, dipecah masuk dan sejumlah barang kes berkaitan kes narkotik dilaporkan hilang, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi BH, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelakunya.



"Kejadian ini masih dalam siasatan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, BH mendapati maklumat laporan polis berkaitan kejadian itu ditularkan di media sosial hari ini.

Menerusi maklumat yang tular itu, kejadian disedari pegawai dan anggota bertugas pada jam 8.15 pagi, kelmarin ketika mahu memulakan tugas.

Mereka mendapati pintu pagar besi hadapan dalam keadaan berkunci namun pintu kayu di bahagian dalam tidak berkunci. Bila pintu dibuka, mendapati keadaan pejabat berselerak dan tingkap gelongsor di kaunter terbuka.


Pemeriksaan mendapati lebih 500 sampul bersaiz 6x12 inci mengandungi barang kes berkait kes narkotik yang disimpan dalam peti khas dalam ruang pejabat stor itu didapati hilang.

Siasatan di tempat kejadian mendapati suspek dipercayai memotong dawai atas pagar di belakang stor untuk masuk ke kawasan stor. Suspek kemudian dipercayai masuk ke bahagian pejabat stor eksibit melalui lubang kaunter tingkap stor.

Pemeriksaan turut mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi didapati dirosakkan dan tidak berfungsi.

Difahamkan, semua sampul itu berisi dadah bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan kes yang selesai bagi tahun 2014-2022.

Semua barang kes itu juga dikatakan dalam tindakan pelupusan dan data sedang dikemas kini dalam komputer riba, namun komputer riba itu juga didapati hilang.

Bagaimanapun, maklumat jumlah dan nilai barang kes yang dilaporkan hilang itu tidak didedahkan.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 30-7-2023 06:23 PM
Kerja org dalam....teruknya sistem keselamatan polis
Quote kemaruk 30-7-2023 06:29 PM
Dulu masa enjin jet hilang dalam stor, najib dipersalahkan

Yang ni nak salahkan anwat tak
Quote CiliPadiSedap 30-7-2023 08:43 PM
kemaruk replied at 30-7-2023 06:29 PM
Dulu masa enjin jet hilang dalam stor, najib dipersalahkan

Yang ni nak salahkan anwat tak

[youtube]SA99U3AVPKE[/youtube]

najib senyum sinis



Quote Skuau 30-7-2023 08:44 PM
hebat suspek ni...dia tau dadah tu kt mana..siap amik komputer riba..yg ada data/maklumat mengenai barng kt situ...
Quote CiliPadiSedap 30-7-2023 09:07 PM
kemaruk replied at 30-7-2023 06:29 PM
Dulu masa enjin jet hilang dalam stor, najib dipersalahkan

Yang ni nak salahkan anwat tak

atlantuya kena bom entah2 fitnah kut? entahlah xtahu dah mana satu fitnah or betul? dahsyat betul permainan politik.
Quote airfilterkotor 30-7-2023 09:44 PM
Sesuatu sangat.
Teringat kes kebakaran kat Bkt.Aman suatu ketika dahulu.
Quote albedah 30-7-2023 10:11 PM
Hoiiii.. bapak lama nak dilupiskan barang cam tu .. giler apaaaa nak menimbunkan barang kes....kejadahnyammakan space seme tu
Quote jfq 30-7-2023 10:31 PM
Stor ala2 balairaya ke
Helo patut bilik kebal dgn security door bagai
Quote Manjahati 31-7-2023 12:18 AM
Dlm IPD pun x selamat…
Quote silencekiller 31-7-2023 12:26 AM
nasib baik pakatan hancing dah jadi KERAjaan.. waktu pembangang, benda2 cmni mmg menteri kaa PM kaa jadi sasaran depa laa ... kununn depa "bijak" memerintah, jadi kena serahkan kaa undi depa jadi pemimpin..

Makin hari makin nampak pakatan hancing ni mmg pakatan paling hipokrit & tak tahu malu sekoq2.. reformasi kununnn reformasi untuk peliwat tegar tua jadi PM semata2..
Quote Carcosa 31-7-2023 12:36 AM
HAHHAHAHA meols tertawa
Simpan dadih dlm tupperware kah?? Senang nau anjing2 hidu n bwk lari
Quote dekmieDandy 31-7-2023 10:32 AM
biasa dia bakar je bilik bukti ni

ni pecah masuk je
Quote mizzmimi 31-7-2023 10:49 AM
Dah tak pelik kan cerita camni skang. Kalo kat negara maju sana habis.. the end.. cctv takkan takde..

Kes police officer party dadah dalam opis dulu kena gantung je kan.. lek lek je
Quote gigahertz 31-7-2023 12:12 PM
mizzmimi replied at 31-7-2023 02:49 AM
Dah tak pelik kan cerita camni skang. Kalo kat negara maju sana habis.. the end.. cctv takkan takde. ...

Polis kena tembak kat balai polis.barang kes hilang kat balai polis
stor barang kena bakar kat balai polis.
yang kes budak bawak lari honda polis
tu pun berlaku di balai polis jugak !
Quote ally9970 31-7-2023 02:38 PM
Kalau polis sendiri tak boleh jaga dan protect harta benda dalam balai polis, mcm mana polis nak jaga dan protect keselamatan orang ramai?

Rumah sendiri (balai polis) pun tak boleh nak jaga, mcm mana nak jaga public properties?

Unless kalau ahli keluarga sendiri (in this context, anggota sendiri) yg jadi dalang
Quote hyie 31-7-2023 02:49 PM
oh, begitu takpe kitorang paham
Quote venom1 31-7-2023 02:51 PM
Lepas ni Balai Polis kena upah security jaga pintu. Macam kat bank tu
Quote supernaturalee 31-7-2023 03:46 PM
dh tu nk report kat sape ni
satg report2 tu pun hbs dirampok


Quote supernaturalee 31-7-2023 03:48 PM
mizzmimi replied at 31-7-2023 10:49 AM
Dah tak pelik kan cerita camni skang. Kalo kat negara maju sana habis.. the end.. cctv takkan takde. ...

nah CCTV:

"Pemeriksaan turut mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi didapati dirosakkan dan tidak berfungsi."





Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046272 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top