CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Restoran Kena Fitnah Ludah Makanan Buat Laporan Polis

30-7-2023 04:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2303| Komen: 6

Johor Bahru: Pengurus restoran nasi ganja di Taman Daya di sini, hari ini membuat laporan polis selepas difitnah meludah dalam masakan melalui video yang tular di media sosial sejak semalam.

Abdul Hameed Mohammed, 54, berkata dia membuat laporan Balai Polis Pelangi Indah di sini, hari ini susulan kecewa dengan individu menabur fitnah menyatakan dia meludah dalam makanan hingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Katanya, dia terkilan dengan video yang tular menerusi aplikasi WhatsApp apabila dimaklum oleh rakannya pada 12 tengah hari semalam.

Abdul Hameed menunjukkan laporan polis berkaitan individu yang menabur fitnah dengan mendakwanya mencemari makanan dijual. FOTO Mary Victoria Dass

Menurutnya, ada individu yang mendakwa dia meludah dalam makanan ketika mengambil nasi dalam periuk.

"Video berkenaan asalnya adalah rakaman satu bagi membantu promosi restoran di Facebook dan dengan kebenaran kami.


"Tidak masuk akal saya melakukan perbuatan itu (meludah) ketika mengetahui seseorang sedang merakam bagi membantu mempromosi restoran kami.

"Sebenarnya ketika itu saya hanya melihat ke dalam periuk untuk menyingkirkan kayu manis dan bahan lain seperti serai dan daun pandan ketika meletakkan nasi di pinggan, bukan meludah. Periuk itu agak besar hingga saya perlu menunduk," katanya ketika ditemui hari ini.

Abdul Hameed berkata, selain menyebarkan video dengan kapsyen fitnah, terdapat seorang individu juga bertindak berkongsi pendapat yang berunsur fitnah menerusi pesanan suara tanpa mengetahui perkara sebenar.

Menurutnya, perbuatan lelaki itu boleh mengelirukan ramai termasuk pelanggannya.

Katanya, lelaki berkenaan tidak seharusnya membuat kesimpulan berdasarkan pergerakan bibirnya atau imej tanpa mengetahui perkara sebenar.

Abdul Hameed dia sudah mengurus restoran berkenaan sejak lebih 30 tahun dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah.

Terdahulu tular video di WhatsApp bersama kapsyen menyatakan pengurus restoran berkenaan meludah dalam makanan.

Manakala menerusi pesanan suara pula, seorang individu mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pekerja restoran yang didapati melakukan perbuatan mencemari makanan dengan meludah.

Dia mendakwa perbuatan itu menjadi sebahagian kepercayaan dan amalan sesetengah peniaga. Malah video sama turut tular di akaun seorang individu di TikTok hari ini.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 30-7-2023 04:45 PM
Kes kantoi ke macha?  Haha..
Quote otai_g 30-7-2023 05:59 PM
Ah siak lah br minggu lps aku mkn kdi ni.

Tp to be honest ni nasi ganja version mamak. Kalo nak compare nasi ganja Perlis mmg x sama lah rs dia.
Quote makita 30-7-2023 08:49 PM
Dulu2 meols balik dari gym yg dlm mall setiap hari pukul 11 pagi akan lalu di tepi kdai mamak. Blkg kedai mamak tu mcm bukit ada tokong kecik cina warna merah tu. Selalu nampak tokey kedai mamak tu pgg colok n anguk2 kat tokong tu. Nama kedai mcm Islamik. Mujur kedai tu dah melingkup.
Quote Miss_LoveLeen 31-7-2023 12:23 AM
Betul ke idok? Fishy jugak cara dia menunduk tu
Quote antikorok 31-7-2023 12:30 AM
Extra potion dibuat dengan penoh kaseh sayang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031805 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top