Rabat: Raja Maghribi Raja Mohammed VI berkenan memberikan pengampunan kepada 2,052 banduan sempena memperingati hari baginda menaiki takhta, lapor Agensi Berita MAP pada Sabtu. Banduan itu sebahagiannya berada di penjara dan ada yang diikat jamin. Throne Day (hari menaiki takhta) di sambut setiap tahun pada 30 Julai dan tahun ini menandakan ulang tahun ke-24, lapor Xinhua. Sejumlah 133 banduan dibebaskan, manakala selebihnya dikurangkan denda atau tempoh penjara. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT