CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 10 Tahun Hilang Ditemukan Mati Lemas

30-7-2023 11:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3691| Komen: 22

Manjung: Kanak-kanak 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Pantai Teluk Senangin di sini, petang semalam ditemukan mati lemas pagi ini.

Mayat Muhammad Faris Irfan, 10, ditemukan nelayan berhampiran Tanjung Hantu di sini kira-kira 8.20 pagi.


Muhammad Faris dijumpai sekumpulan nelayan berhampiran Tanjung Hantu. FOTO IHSAN BOMBA

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat ditemukan dua batu nautika dari lokasi dilaporkan hilang.

"Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 67 anggota daripada pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung itu ditamatkan jam 9 pagi tadi.


Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.19 petang semalam dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis diatur gerak ke lokasi kejadian.

Keluarga mangsa menyedari kehilangan Muhammad Faris kira-kira jam 1 petang sebelum membuat laporan polis.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terma2nkondisi2 30-7-2023 02:11 PM
inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Quote Burong_Hantuk 30-7-2023 02:24 PM
al fatihah buat anak syurga....
Quote lanacondor 30-7-2023 02:29 PM
Salam takziah bt keluarga arwah.. Semoga di tempatkn di kalangan org beriman. Aamiin
Quote Rogue98 30-7-2023 02:32 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.. semoga ibubapa dan keluarga anak syurga ini tabah hadapi dugaan ini.
Sedih nye...
Quote Carcosa 30-7-2023 04:18 PM
Aku baaaaaaaru je baca thread yg dia hilang tu tadi tengahari. Sbb busy la duatiga hari ni tak baca porom. Ni pukul 4pm, bukak blk porom, dah jumpa dah arwah. Adoiii la mak ayah... Haih, ckp pon tak guna dah. Innalillah ajelah yek?
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuuunn pada adik tu.
Quote sukacactus 30-7-2023 04:24 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote pooh~key 30-7-2023 04:25 PM
Uweeekkkkk akak tak kesian pun kohkohkohkohkoh sissss….
Quote Carcosa 30-7-2023 04:29 PM
pooh~key: Uweeekkkkk akak tak kesian pun ...


Ujung2 nnti dikatanya dah sampai ajal, sis.
Dah tertulis matinya smlm, cuma asbab nye saja yg kita xtau, so redha ajelah, kata mereka. Dan nnti makpak mereka akan kata, nnti Faris akan menarik mereka ke syurga, jadi mereka kira dah ada Special VIP Pass nnti, sis.
So sis takpayah lah jaga anak sis betul2 yach? Biar ajelah mereka kesana kesini kesana kesini bak kata Abah MahYudin. Kalau umur diorang tak pjg atas kelalaian ibubapa, takpe. Janji dah ada tiket Express ke syurga.
Quote Skuau 30-7-2023 04:31 PM
Carcosa replied at 30-7-2023 04:18 PM
Aku baaaaaaaru je baca thread yg dia hilang tu tadi tengahari. Sbb busy la duatiga hari ni tak baca  ...

awat mak,apk dia..???Kan budok ni dh 10 taun....
Quote Carcosa 30-7-2023 04:33 PM
Skuau replied at 30-7-2023 04:31 PM
awat mak,apk dia..???Kan budok ni dh 10 taun....

Erk?
Abis nak salahkan dia ke? 10 tahun kot, umur yg masih kena jerit lagi dgn makpak. Kalau 20 tahun lainlah.
Quote pooh~key 30-7-2023 04:59 PM
Carcosa replied at 30-7-2023 04:29 PM
Ujung2 nnti dikatanya dah sampai ajal, sis.
Dah tertulis matinya smlm, cuma asbab nye saja yg kita ...

Elhemdolillah sissy.
Quote grouper 30-7-2023 05:34 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Jumpa kat tanjung hantu. Mmg misteri kes ni. Mmg le tempat ni terkenal ngan kisah mistik oleh penduduk setempat tapi walaupun aku selalu p sini siap bermalam lagi x pernah jadi apa2 la.
Quote syamzana 30-7-2023 05:44 PM
grouper replied at 30-7-2023 05:34 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Jumpa kat tanjung hantu. Mmg misteri kes ni. Mmg le tempat ni te ...

ape yg mistik kat sini??
artikel thread sebelah org yg nmpk bdk ni mcm dlm tak tentu arah takut2 gitu then lepas tu hilang. jmp dah arwah.
Quote grouper 30-7-2023 06:00 PM
syamzana replied at 30-7-2023 05:44 PM
ape yg mistik kat sini??
artikel thread sebelah org yg nmpk bdk ni mcm dlm tak tentu arah takut2 g ...

Org tempatan mmg tau tempat ni dari teluk senangin sampai ke area segari sebelum pantai remis sana mmg kawasan perkampungan bunian. Kat sini juga dikatakan ada harimau belaan org bunian. Yang biasa kena kacau area tg hantu dan pantai pasir panjang sbb sana mmg x ada rumah org mcm teluk senangin.
Quote 3chanceno 30-7-2023 06:42 PM
Innallillah...makin kerap dengar kes mati lemas nie.
Quote Tinot7 30-7-2023 07:00 PM
Takziah kpd keluarga..
Quote hareeeesah 30-7-2023 07:49 PM
So xde kronologi cerita dia ke? Tau ² jumpa dh lemas je?
Innalillah… semoga tenang adik kat sana
Quote Skuau 30-7-2023 08:37 PM
grouper replied at 30-7-2023 05:34 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Jumpa kat tanjung hantu. Mmg misteri kes ni. Mmg le tempat ni te ...

tanjung hantu ke teluk senangin yg 'misteri,keras'...tu???
Quote rosmahisham 31-7-2023 05:20 AM
Teluk senangin ni iols rasa dalam..x mcm pangkor cetek sikit..iols ada la g situ 3/4kali jgk..x best sbb kedai mkn kurang dan byk lalat!x tau lak tempat ni mistik..ghisau!semoga keluarga terus  tabah.sedih nya bercuti jd tragedi ngeri pulak.nauzubillah..innalillahhiwainnailaijirojiun

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.091067 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top