Impian seorang remaja penghidap kanser otot ingin bertemu bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safee Sali akhirnya tercapai. Hasrat Wan Muhammad Syahmi Ezan, 16, itu berjaya direalisasikan apabila penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah membawa Safee bertemu dengan peminatnya itu pada 12 Julai lalu.
Menurut Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 49, pertemuan Syahmi dan Safee itu merupakan salah satu inisiatif Suria FM untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai pesakit kanser. "Sebelum ini saya berkunjung ke rumah Syahmi bagi projek bersama klien Suria FM. Saya ada bertanya kepada Syahmi tentang keinginannya yang belum tercapai. "Ternyata Syahmi berhasrat untuk berjumpa Safee dan mujur saya mengenali bintang bola sepak itu. "Saya sangat gembira dapat mempertemukan Syahmi dan idolanya... semoga hubungan baik antara mereka berterusan sekali gus dapat membahagiakan Syahmi," katanya.
Dalam pada itu, Safee turut meluahkan rasa teruja apabila dapat meluangkan masa bersama Shiera dan Syahmi sekeluarga. Kata Safee, dia tidak menyangka remaja lelaki berkenaan sangat meminati dirinya meskipun keadaan diri terlalu lemah.
|
ADVERTISEMENT