CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Hari Hilang, Lelaki Ditemui Maut Kemalangan

29-7-2023 04:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2103| Komen: 5

Kota Tinggi : Mayat lelaki mangsa kemalangan ditemukan di kawasan semak berdekatan bahu jalan di kilometer 16 Jalan Bandar Penawar - Punggai, di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta terbabas di lokasi kejadian, pada 8.30 pagi.


Katanya, kemalangan membabitkan sebuah Proton Waja dan mayat mangsa turut berada di tempat kejadian.

KERETA mangsa ditemui dalam semak selepas dua hari kemalangan. FOTO Ihsan Polis

"Pemandu kereta berusia 42 tahun itu dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Punggai.

"Mangsa dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan dan terbabas ke kawasan semak di kiri jalan, kira-kira 40 meter ke dalam, apabila sampai di lokasi berselekoh berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Hussin berkata, hasil soal siasat dengan waris menyatakan mangsa sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

Katanya, waris dan beberapa orang awam sudah keluar mencari mangsa dalam tempoh itu.

"Tiada unsur jenayah ditemui dalam siasatan kes, dan mangsa dipercayai terbabas sendiri semasa memandu kenderaan.

"Namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

"Orang ramai dinasihatkan lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 29-7-2023 04:45 PM
Takziah kpd keluarga
Quote Udangpetai 29-7-2023 11:19 PM
Allahu.. kesiannya. Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:32 AM
salam takziah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.026284 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top