CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Buat Kecoh, Baling Batu Sampai Pintu Kaca Pejabat Pas Pecah

29-7-2023 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1603| Komen: 6

Pintu cermin Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut pecah dibaling batu oleh seorang lelaki yang membuat kecoh pada jam 5.30 pagi.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki menaiki motosikal dilaporkan membaling batu ke arah premis berkenaan.



FB

Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kejadian berkenaan disedari pengawal keselamatan yang bertugas di premis itu.

"Pada mulanya lelaki terbabit membuat provokasi dalam bahasa yang tidak difahami sebelum bertindak membaling batu.

"Lelaki itu yang datang seorang diri kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal selepas pintu cermin pejabat pecah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khairul Faizi berkata, pengawal keselamatan kemudian menghubungi balai polis terdekat untuk tindakan lanjut.

"Tindakan lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (cctv) dan disaksikan gelandangan yang tidur berhampiran premis berkenaan.


"Pihak pejabat Pas pusat menyerahkan siasatan kepada pihak polis," katanya.


Loading FB Post...

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 31-7-2023 07:56 AM
mula dah drama
Quote supernaturalee 31-7-2023 11:23 AM
waaa
main ganas nampak


Quote s@s@ 31-7-2023 01:02 PM
bahasa x difahami?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040181 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top