CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Harap Michelle Yeoh Akan Adakan Resepsi Perkahwinan Di Malaysia

29-7-2023 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3175| Komen: 13

Ibu kepada Tan Sri Michelle Yeoh, 60, Datin Janet Yeoh, 84, berharap anaknya bakal mengadakan majlis resepsi di Malaysia selepas sah berkahwin dengan pasangannya Jean Todt, 77, dekat Geneva, Switzerland.


Walaupun tidak dimaklumkan mengenai majlis penyatuan itu, Janet anggap ia sebuah kejutan yang dinanti-nantikan ramai termasuk dirinya kerana tahu betapa Todt cintakan Michelle.


Foto: IG

"Anak saya memang akan sentiasa menelefon tapi dia tidak beritahu pun (berkaitan perkahwinan itu) ketika kami bercakap dalam telefon dua minggu yang lalu.

"Mungkin dia nak beri kejutan kepada saya," katanya seperti dipetik di Harian Metro.

Janet berkata dia juga menjadi individu yang sentiasa memujuk pasangan terbabit agar menamatkan zaman bujang dan melihat Michelle berkahwin.

"Todt melamarnya (Michelle) sudah banyak kali dan dia cuma akan ketawa serta mengatakan dirinya seronok setiap kali dilamar. Todt memang sangat cintakan dia," katanya. 


Foto: IG

Terdahulu, majlis diraikan penuh intim itu dikongsi bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa yang menjadi antara insan paling seronok dengan penyatuan dua sahabatnya itu.

"Selamat berkahwin, Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu," tulis pelumba kelahiran Brazil itu.

Lebih bermakna, majlis perkahwinan mereka turut dihadiri anak Todt dari perkahwinan terdahulu yang dikenali sebagai Nicholas.

Michelle dan Todt bertemu buat kali pertama pada 4 Jun 2004 di Shanghai Grand Prix dan kemudian mengikat tali pertunangan pada 26 Julai 2004. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 29-7-2023 12:13 PM
Tahniah... amboi mak dia pun nak resepsi dekat malaysia nak jemput bang non... vincent tan semua mencemar duli ler tuewww...

Quote Incanto 29-7-2023 12:59 PM
dudaberhias replied at 29-7-2023 12:13 PM
Tahniah... amboi mak dia pun nak resepsi dekat malaysia nak jemput bang non... vincent tan semua men ...

mesti salam kaup juta juta...vincent tan, tan sri YTL, tan sri Genting etc

wpun pengantin dah kaya raya
Quote Fly_over 29-7-2023 01:04 PM
ehhh.. jumpa lepas sebulan terus bertunang. kre org lain baru ajak couple dia ajak tunang. patut la sampai 19tahun bertunang
Quote little_sis 29-7-2023 01:20 PM
Mak dia pun nampak muda x mcm umur 84..
Quote Zack8hunter 29-7-2023 01:36 PM
rilex jer Datin pakai baju kelawar pegang trophy Oscar..ko mampo??
Quote becir 29-7-2023 01:53 PM
Apo Michelle nak menikah tak kasitau omak ekau..
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:41 AM
TAHNIAH TSMY
Quote Zeatyisaac 30-7-2023 06:26 PM
Zack8hunter replied at 29-7-2023 01:36 PM
rilex jer Datin pakai baju kelawar pegang trophy Oscar..ko mampo??

Baju kelawar dia cantik, bukan biashe-biashe.
Quote Zeatyisaac 30-7-2023 06:27 PM
19 tahun delay, agaknya Michele tunggu kekayaan dia setaraf dengan bakal suami kot. Tapi Michelle memang hebatlah.
Quote Nham22 30-7-2023 06:57 PM
Koser la... Watpe la nak sibuk2x dgn die...
Quote margo20 30-7-2023 07:04 PM
Michelle yang kaya raya ni pun tak angkut mak dia dok sana ek
Quote newyork 30-7-2023 07:17 PM
Mak dia tatau dia kawin..apo punya anak
Quote rosmahisham 30-7-2023 07:39 PM
Mak dia lg awet muda dr anak dia.MY npk tua sgt!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051280 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top