CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Hari Kerja Dah Letak Jawatan, Wanita Bengang Bos Marah Sebab Pergi Tandas Lebih 10 Minit

29-7-2023 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1599| Komen: 9

Seorang wanita menceritakan pengalamannya yang hanya sempat bekerja selama tiga hari di sebuah syarikat sebelum mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

"Saya mula bekerja di sebuah syarikat pada hari Isnin dan pada hari Rabu, bos memanggil saya untuk 'menyerang', menyebabkan saya berhenti," kongsinya di laman sosial Reddit.


Menurut wanita tersebut, ketika dipanggil, dia dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja, menghabiskan lebih 10 minit di tandas dan didakwa tidak berterus terang mengenai status kesihatan mentalnya semasa temu duga.


Gambar Hiasan

"Dia (bos) kemudian memberitahu akan membuat keputusan pada esok hari sama ada saya boleh terus bekerja atau tidak.

"Saya memberitahunya, saya tidak perlukan sehingga esok. Saya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta," kongsinya lagi.

India.com melaporkan dia berasa lega kerana membuat keputusan yang tepat iaitu berlalu pergi daripada persekitaran kerja yang toksik.


Bagaimanapun, perkongsiannya mengundang reaksi yang bercampur daripada netizen.

Ada yang bersetuju dengan tindakannnya, namun ada yang menganggapnya sebagai pekerja yang bermasalah. -CARI

Sumber: mStar/India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 29-7-2023 11:28 AM
India.dom?
Cerita belah sana ke
Quote Perawankota 29-7-2023 08:39 PM
Ada sesetengah tempat, kalau colleague pi toilet break 10mnt dah sinis pandang. Tapi cuba ckp pi smoke break, 15mnt pon tak per.. 3,4 kali pon x pe
Quote sharlenetexas 29-7-2023 08:41 PM
Perawankota replied at 29-7-2023 08:39 PM
Ada sesetengah tempat, kalau colleague pi toilet break 10mnt dah sinis pandang. Tapi cuba ckp pi smo ...

Ala tak sempat nak touch up.

Quote CiliPadiSedap 29-7-2023 08:45 PM
makan rempah kari memang lah keras membuang. sama juga minum kafien memang membuang keluar batu bata
Quote Perawankota 29-7-2023 08:46 PM
sharlenetexas replied at 29-7-2023 08:41 PM
Ala tak sempat nak touch up.

Touch up kt workstation masing2 katanyaa
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:08 AM
ntah la kau boss, Nak pekerja 24 jam duk atas kerus je buat kerja, pg upah robot buat krja tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.040189 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top