CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon Dengkil Cetus Panik , Selamba Datang Pakai Baju Logo Parti

29-7-2023 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1897| Komen: 6

CYBERJAYA: Seorang calon bertanding pilihan raya negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil mencetuskan panik.

Dia dikesan memakai baju dengan logo parti ketika masuk ke dewan penamaan calon di Dewan Semarak, di sini hari ini.


Calon Parti Utama Rakyat (PUR),  Datuk Mohd. Daud Leong Abdullah, 58, kemudian diarah menukar baju oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Foto: Utusan

Mohd. Daud dikesan memakai kemeja putih tertera logo parti politik itu dan beliau kemudian segera menukar pakaian sebelum masuk semula ke dewan untuk penamaan calon.

Katanya, beliau akur dengan arahan SPR dan mendapatkan baju lain daripada penyokong yang hadir.

“Saya menghormati arahan SPR dan masa pencalonan juga belum ditutup,” katanya.

Pencalonan DUN Dengkil  menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Datuk Mohd Daud, Noorazli Said (Barisan Nasional), Datuk Seri Jamil Salleh (Perikatan Nasional) dan Darren Ong (PSM). – CARI


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 29-7-2023 11:32 AM
Iols tak malu to say iols voted him last election hahaha and will probably do so again.
Quote Tinot7 29-7-2023 03:43 PM
Takkan tatau takleh pakai cenggitu?
Quote pinggan 29-7-2023 04:12 PM
Terlupa kut tak boleh pakai logo parti politik

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.033816 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top