CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kesan Individu Bergaduh Atas Jalan Raya

29-7-2023 10:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1278| Komen: 0

Ipoh: Polis sedang mengesan individu yang terbabit dalam pergaduhan atas jalan raya membabitkan sekumpulan individu di Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun, Ulu Kinta, di sini yang videonya tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang Khamis lalu membabitkan lima lelaki warga tempatan.

POLIS sedang mengesan individu yang terbabit dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu. FOTO tular

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh menggunakan senjata.

"Kini, polis sedang menyiasat punca kejadian itu dan mengesan individu yang terbabit dalam kes berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kes diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508.


Dalam video berdurasi 16 saat itu, seorang lelaki dilihat dipukul di atas jalan raya oleh tiga lelaki bertopi keledar selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Turut diguna senjata iaitu kayu rotan dalam pergaduhan berkenaan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039848 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top