CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Maut Dipatuk Ular Tedung Peliharaan Sendiri Ketika Buat Persembahan

29-7-2023 08:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2003| Komen: 3

Indonesia: Seorang pemuda maut dipatuk ular tedung peliharaannya ketika sedang menjinakkan reptilia tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu, pemuda bernama Abdul Munir, 20, dari Jawa Tengah, Indonesia, sedang beraksi 'menundukkan' ular peliharaannya bersama seorang lagi rakan di hadapan warga tempatan di kawasan Sendang Coyo.



Tribunnews melaporkan, ular tedung itu tiba-tiba menggigit hidung Abdul Munir ketika dia sedang melakukan pertunjukan.

Menerusi video yang dirakam orang awam, Abdul Munir dilihat cuba menarik reptilia tersebut daripada hidungnya.

Difahamkan, tidak lama kemudian persembahan itu pun tamat.

Namun, Abdul Munir dikatakan berjalan dalam keadaan terhuyung hayang sebelum jatuh pengsan.

"Mangsa segera dikejarkan ke klinik terdekat," kata pegawai polis, Ipda Teddy Hernomo.

Bagaimanapun pemuda itu menghembuskan nafas terakhir di klinik tersebut.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 30-7-2023 09:58 AM
[fbvlink]https://fb.watch/m5vgtoSTm1/[/fbvlink]


.............................

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.026928 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top