CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Busuk Makanan Basi, Lantai Melekit, Kondom Merata-Rata, Penuh Botol Arak- Pemilik Airbnb Berang Rumah Jadi Teruk Dan Kotor, Parti Seks Ke?

28-7-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5641| Komen: 11

Seorang pemilik Airbnb terkejut keadaan rumahnya dilihat teruk, tidak dibersihkan dan ditinggalkan dengan banyak barang bersepah-sepah di merata tempat.

Menerusi perkongsian Farah di Facebook, terdapat makanan yang sudah basi di dalam periuk dan di atas meja makan, plastik dan bekas sisa makanan yang bersepah dan paling teruk adalah kondom serta tin arak yang banyak di merata tempat.


Foto: FB

"Betul-betul dia parti dan hancur teruk terus rumah. Dengan berbau teruk, lantai melekit, kondom merata-rata, rumah penuh dengan botol arak.”

Di ruangan komen ada yang mencadangkan agar Farrah hanya membenarkan keluarga Muslim sahaja untuk menyewa.

Dalam pada itu, segelintir individu menegur tentang kondom yang dah digunakan tidak dibuang tetapi hanya ditinggalkan di dalam bilik air. Lebih menggelikan, kondom tersebut nampak kotor dan melekat pada paip di tepi jamban.


Loading FB Post...

Sesetengah individu turut membuat andaian bahawa penyewa itu telah menggunakan rumah tersebut untuk mengadakan parti dengan kaum lelaki sahaja.

"Rasanya ni parti all guys, faham faham jela.

Menurut Farrah, dia sudah membuat tuntutan bayaran kepada penyewa tersebut tetapi individu tersebut masih belum memberi maklum balas. Bagaimanapun, pihak Airbnb telah membayar tuntutan tersebut terlebih dahulu kepada Farrah bagi pihak penyewa. -CARI

Sumber: Beautifulnara/Facebook

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-7-2023 02:28 AM
Lenkali amik deposit lebih sikit.. baru dorg tak berani sgt nak buat onar..
Quote pooh~key 29-7-2023 07:17 AM
Akak tergelak part heshe mention all guys tu sissy.
Quote kuzaime 29-7-2023 07:18 AM
gila pengotor. Rasanya kalau airbnb, owner boleh letak rate jugak utk si penyewa kalau x silap akulah, yg jenis jijik macam ni elok di banned aje terus
Quote LadyCarefree 29-7-2023 09:07 AM
Letaklah deposit tinggi. Kalau tak, nasiblah.
Quote Nham22 29-7-2023 11:13 AM
Bangsa ape ek yg sewa..
Quote dekmieDandy 31-7-2023 09:31 AM
ada benda rosak ke? aku tengok gambar tu takde pulak nampak benda rosak

ko dah charge cleaning fee, ko cuci la sendiri
Quote msdummy.2018 31-7-2023 10:05 AM
Kalo dh sayang umah..usah disewa atau dibuat homestay..ko dah tau kan ini implikasinya..haiz letih
Quote _blackbird 31-7-2023 10:19 AM
aku tak paham sgt konsep airb&b kat malaysia ni. rasa mcm lagi mahal dari hotel dengan pelbagai hidden charge. fee charge dia lebih mahal dari 5 star hotal punya service dan gov tax combine.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.048638 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top