CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disaman Tak Pakai Tali Pinggang, Memandu Sambil Pegang Telefon- Model Wanita Tak Puas Hati, Mengamuk Maki Polis

28-7-2023 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5064| Komen: 19

Kuala Lumpur: Tak berpuas hati disaman atas kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang ketika memandu di Jalan TunSambanthan, seorang model wanita mengamuk dan menghambur kata-kata kesat kepada polis.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menyedari satu klip video di aplikasi Tiktok semalam memaparkan perbuatan wanita terbabit yang melakukan provokasi dan menjerit kata-kata kesat kepada dua anggota polis yang sedang bertugas.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek berusia 30-an tidak puas hati kerana disaman dengan kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang semasa memandu.

Foto: Harian Metro

"Kejadian provokasi terbabit dikatakan berlaku pada 3.40 petang Isnin lalu dan sehingga kini, video terbabit masih boleh diakses serta mempunyai 274 perkongsian di Facebook dan 5,414 perkongsian di Tiktok dan dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugasnya, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang maklumat jenayah boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haadi 28-7-2023 05:19 PM

car repair Tallaght  is the best choice for all drivers, You got here when you said you would and did what you said you would on our vehicle. The work has been perfect and my kids even say thanks for fixing our car."

Quote kemaruk 28-7-2023 05:34 PM
Hmmmmm         
Quote white_musk 28-7-2023 05:39 PM
Mana video?
Quote renko 28-7-2023 05:39 PM
model apa rupa mcm pornstar gangbang je
Quote Samerosie 28-7-2023 05:48 PM
Model apa ni buruknya kaler rambut.  Model inai rambut yg si dai syed pakai ke?
Quote antikorok 28-7-2023 05:51 PM
Influenza whoareyuss terpaling mana ni???
Quote mis_j_alexanda 28-7-2023 05:53 PM
Kepam dan berkerak…
Quote sambaldurian 29-7-2023 11:00 AM
Duit bajet nk beli viktoria secret nye berkurang nnti, x kuasa nk byr saman. Klu nk kurang tunggu la ada hari2 PM bg kurang denda saman. Ni bg aku dh ada kesalahan lain provokasi anggota awam.
Quote kucing_gebu 29-7-2023 11:05 AM
Model karat mana ni
Quote syamzana 29-7-2023 11:13 AM
video...video...ada bukti bergerak baru best mengeji
Quote BumpIQ 29-7-2023 11:22 AM
Ingatkan tu mek yah sebab sama rupa macam tong gas wakakakaka

@_blackbird
Quote jfq 29-7-2023 11:27 AM
Kenapa la polis tak gari aje dia bagi masuk dalam
Kalau kat US dah kena dah
Lembap tul
Quote _blackbird 29-7-2023 11:43 AM
BumpIQ replied at 29-7-2023 11:22 AM
Ingatkan tu mek yah sebab sama rupa macam tong gas wakakakaka

@_blackbird

mohon kkm dan jkm check juga kecelaruan mental "model" ni tahap berapa. mana tau psychotic young fella juga mcm mekyah. kesan vaksin ke ni??


Quote scorpionkiki 29-7-2023 12:25 PM
BumpIQ replied at 29-7-2023 11:22 AM
Ingatkan tu mek yah sebab sama rupa macam tong gas wakakakaka

@_blackbird

Hangkan...kawan tu dah senyap hang dok cari pasal lagi. Hang pun sama dgn dia wei kalau dok buat kelaku mcm ni
Quote Udangpetai 29-7-2023 11:27 PM
Kalau jumpa Antara dia dengan ular, kena ketuk dia dulu.
Quote chiyoasuka 30-7-2023 01:57 AM
siapakah model tersebut?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.086537 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top